Harian Metro

JAHAT SATU KEPALA

- Muhammad Apendy Issahak apendy@nstp.com.my

Pasangan kekasih didakwa tipu bayar bungkusan ‘halimunan’

Pasangan kekasih lelaki warga Nigeria dan wanita tempatan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh semalam atas dakwaan menipu seorang individu membabitka­n bungkusan yang tidak wujud pada awal Februari lalu.

Tertuduh Udeze Ifeanyi John, 32, warga Nigeria yang juga penuntut sebuah kolej di ibu negara dan Normazaito­n Muiz, 38, seorang jurujual didakwa memperdaya Chong Sien Yee, 27, untuk membayar RM3,200 kononnya wang cukai bagi barangan ditahan pihak kastam yang sebenarnya tidak wujud.

Kedua-duanya dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah bank di Jalan Gopeng, di sini pada jam 3.15 petang 5 Februari lalu melalui akaun bank milik individu lain.

Pasangan terbabit didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK), dibaca bersama Seksyen 34 KK yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, dengan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Udeze dan Normazaito­n yang diwakili peguam Datuk Simon Sabapathy bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan minta dibicara.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi.

Pihak pendakwaan tidak mencadangk­an sebarang jaminan untuk kedua-dua tertuduh, manakala pembelaan memohon mahkamah membenarka­n mereka dijamin kerana tertuduh adalah pelajar serta wanita berkenaan perlu menjaga ibu bapanya.

Nurul Hafizah menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan dua penjamin warga tempatan terhadap Udeze selain perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah.

 ??  ?? KEDUA-DUA tertuduh dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
KEDUA-DUA tertuduh dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia