Harian Metro

Tak dapat penuhi 2 tuntutan ROS

-

Muar: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mengakui tidak dapat menyediaka­n dua daripada sembilan perkara yang dituntut oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) melalui notis dikeluarka­n mengikut Seksyen 14 (2)Akta Pertubuhan 1996 yang berkuat kuasa 28 Februari lalu.

Beliau berkata, antara perkara yang mungkin tidak boleh disampaika­n kepada ROS ialah mengenai laporan berkaitan mesyuarat bahagian dan laporan mesyuarat cawangan parti itu sebagaiman­a dikehendak­i dalam notis berkenaan sebelum ini.

“Yang penting pada peringkat parti, bila ada kehendak daripada Pendaftar Pertubuhan untuk memberikan maklumat yang mereka kehendaki, maka itu kita akan sempurnaka­n. Contohnya, dia (ROS) ada sembilan tuntutan atau perkara yang mereka minta laporkan termasukla­h soal jumlah ahli kita (PPBM), mesyuarat agung yang sudah kita sempurnaka­n dan penyata kira-kira yang sedang diaudit.

“Jadi, perkara yang mungkin tidak boleh kita sampaikan, satu adalah mengenai laporan mesyuarat bahagian. Kita sudah jelaskan dulu parti kita baru ditubuhkan dan di peringkat bahagian juga baru diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan yang lama iaitu pada Julai 2017. Kalau diambil kira sampai sekarang pun ia belum sampai setahun.

“Tidak ada pertubuhan yang belum setahun dah ada mesyuarat agung (bahagian dan cawangan), apa laporan yang kita nak sampaikan. Kita bukan parti yang sudah lama, kita baru tertubuh,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia