Harian Metro

DAH PANDAI MAIN ‘SOROK-SOROK’

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@nstp.com.my

Sudah pandai main ‘sorok-sorok’ dan mampu hilang sekelip mata. Itu antara gelagat kumpulan peniaga warga asing Bangladesh yang masih berdegil berniaga barangan tiruan secara haram di sekitar Bukit Bintang di sini.

Malah, ada antara mereka turut bijak berlakon kononnya adalah pelancong asing sebaik diberkas pihak penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Mereka memberi alasan kononnya datang ke segi tiga emas ibu kota itu untuk membeli cenderamat­a bagi dibawa pulang ke negara asal.

Terbaru dalam operasi KPDNKK jam 2 petang semalam, peniaga warga asing terbabit kelam-kabut melarikan diri sejurus menyedari kehadiran penguat kuasa KPDNKK.

Hasil serbuan itu pihak KPDNKK merampas 500 unit pelbagai produk tiruan yang menggunaka­n jenama terkenal seperti Puma, Louis Vuitton, Gucci dan YSL yang bernilai RM15,000.

Ketua Seksyen Harta Intelek Bahagian Penguat kuasa KPDNKK Rosli Ahmad berkata, operasi dijalankan berdasarka­n aduan dan maklumat diberikan wakil cap dagang sah produk tulen di negara ini.

“Sebanyak 500 unit pelbagai

Peniaga asing ‘ghaib’ diserbu KPDNKK

produk barangan tiruan terdiri daripada beg, tali pinggang, dompet, selipar dan jam tangan berjaya dirampas dianggarka­n bernilai RM15,000.

“Ketika serbuan, masih terdapat beberapa warga asing yang berada di dalam premis berkenaan dan penguat kuasa sudah mengambil keterangan mereka bagi membantu siasatan,” katanya, semalam.

Rosli berkata, premis diserbu itu didapati menjual barangan tiruan pelbagai jenama pada harga lebih murah berbanding harga produk tulen.

Menurutnya, premis yang menjalanka­n perniagaan runcit itu pernah beberapa kali diserbu namun pemiliknya masih tidak serik melakukan perbuatan sama.

 ??  ??
 ??  ?? SERBUAN penguat kuasa KPDNKK di sekitar Bukit Bintang merampas pelbagai barang tiruan menggunaka­n jenama terkenal.
SERBUAN penguat kuasa KPDNKK di sekitar Bukit Bintang merampas pelbagai barang tiruan menggunaka­n jenama terkenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia