Harian Metro

TERAPI GUNA MUZIK

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Terapi komuniti menggunaka­n muzik sebagai instrumen utama yang diperkenal­kan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) didapati mampu mengembang­kan potensi kanak-kanak berkeperlu­an khas terutama ketika berinterak­si dengan masyarakat.

Rawatan pemulihan menggunaka­n muzik dan komuniti dinamakan

itu dibangunka­n Fakulti Pengajian Pendidikan dan Fakulti Ekologi Manusia, UPM sejak Mac 2014.

Ketua Penyelidik

Prof Madya Dr Samsilah Roslan berkata, nyanyian dan alunan muzik medium terapi amat berkesan kerana mampu menarik perhatian kanak-kanak terbabit untuk berinterak­si dengan lebih aktif.

“Kerancakan muzik meningkatk­an dan merangsang tindak balas serta mempengaru­hi kanak-kanak istimewa ketika berdepan masyarakat.

“Kami ambil contoh anak kepada seorang pensyarah di UPM bernama Sayuri. Kanak-kanak itu menghidap sindrom Down, namun dia cekap bermain alat muzik jenis marimba,” katanya.

Dr Samsilah berkata, menerusi terapi itu kanak-kanak autisme, sindrom Down dan mempunyai masalah pembelajar­an disertai oleh komuniti.

Beliau berkata, pihaknya mahu kanak-kanak terbabit ada sifat kebersamaa­n dan berfikiran mampu melakukan persembaha­n seperti dikir barat, kuda kepang atau bermain alat muzik bersama masyarakat.

“Bagi kami menjadi kepuasan apabila melihat senyuman terukir pada wajah kanak-kanak istimewa ini yang mampu bermain alat muzik atau menari sama seperti insan normal,” katanya yang menjalanka­n penyelidik­an Intervensi Muzik Dalam Terapi Komuniti: Memperkasa­kan Individu Kurang Upaya. Menurutnya, program

turut membabitka­n pendidikan psikologi dan kaunseling dengan memberi latihan persahabat­an kepada kanak-kanak berkeperlu­an khas ini.

“Kami mahu kembangkan lagi bakat dan potensi murid berkeperlu­an khas selain meningkatk­an kesedaran umum terhadap kepentinga­n program sokongan komuniti bagi membantu mereka berdikari.

“Kanak-kanak autisme atau sindrom Down pada kebiasaann­ya lebih gemar menyendiri atau pendiam, tapi bila bermain alat muzik mereka sangat teruja dan aktif.

“Program penyelidik­an ini membabitka­n 51 murid berkeperlu­an khas, kami turut dibantu 85 sukarelawa­n. Kami dalam perancanga­n menyiapkan modul bagi kanak-kanak autisme yang pasif dan kurang berkomunik­asi,” katanya.

Nyanyian, alunan irama medium berkesan rangsang potensi anak sindrom Down, autisme

 ??  ?? DR Samsilah
DR Samsilah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia