Harian Metro

BONUS 2 KALI SETAHUN

-

Pesawah dapat rezeki berganda padi ditanam berbuah kali kedua

berisi), sebenarnya berisi walaupun tidak diusahakan secara sempurna selepas musim menuai lalu.

Seorang pesawah Azizah Salleh, 70, berkata, kejadian itu tidak pernah dialaminya sejak lebih 50 tahun menjadi pesawah dan menganggap­nya sebagai ‘bonus’ pemberian daripada Allah SWT.

“Di sini, padi dituai menggunaka­n jentera pada musim menuai, jadi padi tumpah dari mesin penuai biasanya tumbuh semula, tetapi tidak banyak dan kebanyakan­nya hampa. “Tetapi kali ini agak pelik apabila didapati isinya padat dan boleh dituai semula. Saya sendiri dapat menuai sehingga 300 kilogram (kg) padi dari kawasan sawah seluas empat hektar,” katanya.

Menurutnya, disebabkan padi masak di luar musim, pesawah menuai padi dengan cara tradisiona­l iaitu mengerat tangkai padi dengan sabit, sekali gus mengembali­kan nostalgia dulu-dulu.

Azizah berkata, memandangk­an hasil padi itu tidak banyak seperti musim menuai, hasilnya tidak dijual, tetapi disimpan untuk kegunaan keluarga.

Seorang lagi pesawah, Siti Mariam Osman,69, berkata, petani di kawasan itu membeli pisau mengerat baru meskipun harganya agak mahal.

“Sudah lama kami tidak mengerat, ramai petani keluar ke pekan membeli pisau mengerat yang kini harganya mencecah RM9 bagi saiz kecil manakala RM18 bagi saiz besar.

“Sebelah petang, kami turun ke sawah untuk mengerat dan ia umpama pesta yang turut mengembali­kan semangat gotong-royong antara petani,” katanya.

Bagi Abu Bakar Salleh, 66, dia gembira dapat menuai pokok padi kerana ia dapat menjimatka­n perbelanja­an rumah.

Katanya, sebagai ketua keluarga, dia tidak perlu membeli beras selama beberapa bulan kerana hasil tuaiannya banyak.

“Hasil padi sebelum ini semuanya dijual kepada pengilang, tapi kali ini kami makan hasil dari sawah sendiri selama beberapa bulan sebelum tiba musim menuai seterusnya.

“Setiap petang saya turun ke sawah untuk mengerat, sehingga kini 200 kg padi sudah dituai, sebelum kerja-kerja membajak bermula pada awal bulan April ini, saya akan cuba mengerat setakat yang termampu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia