Harian Metro

KURANG DANA RM35,000

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Harap 3,500 rakyat Malaysia derma RM10 seorang tampung kos pembedahan di China

Berbaki kurang lima hari saja lagi untuknya berlepas ke China bagi pembedahan hati anak bongsunya, namun masih kekurangan dana sebanyak RM35,000.

Noorinie Stofar, 31, ibu kepada Muhammad Fakhri Hakim Mohd Fazil yang berusia setahun tiga bulan dan menghidap kegagalan fungsi hati atau biliary atresia.

Noorinie berkata, setakat ini jumlah terkumpul kutipan tabung anak lelakinya itu sebanyak RM215,000 hasil sumbangan orang ramai daripada kos keseluruha­n RM250,000.

“Saya sangat berharap 3,500 rakyat Malaysia yang budiman menderma RM10 setiap seorang sekali gus melengkapk­an tabung kutipan Muhammad Fakhri dan kami dapat berlepas ke Shanghai, China dengan sedikit perasaan lega.

“Saya difahamkan, kos RM250,000 ini memang sudah ditetapkan oleh doktor di Hospital Renji iaitu RM200,000 untuk pembedahan manakala selebihnya untuk ubat-ubatan,” katanya kepada Harian Metro.

Noorinie yang tidak bekerja bersama suaminya seorang pemandu lori, Mohd Fazil Othman, 34, kini buntu memikirkan di mana mahu mencari RM35,000 sedangkan tarikh berlepas ke China tinggal lima hari saja lagi iaitu 21 Mac ini.

“Saya tanpa rasa malu merayu kepada rakyat Malaysia yang budiman supaya dapat menyumbang­kan sedikit bantuan untuk melengkapk­an tabung anak kami.

“Anak saya kini perlu dibedah segera kerana hatinya mengalami pendarahan dan doktor di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengesahka­n perlu menjalani pembedahan dalam waktu terdekat,” katanya.

Dia yang tinggal di Kampung Batu 11, Tanah Merah, Kelantan juga sanggup berkorban apa saja demi anaknya termasuk menyerahka­n sebahagian hati kepada anak bongsu daripada dua beradik itu.

“Saya sudah bersedia untuk pembedahan ini, namun kekurangan dana menyebabka­n saya berdebar dan berharap dalam tempoh beberapa hari ini sasaran RM35,000 tercapai.

“Suami yang bekerja sebagai pemandu lori mempunyai pendapatan RM1,000 sebulan dan perlu menanggung seorang lagi anak kami berusia tujuh tahun.

“Oleh itu, saya merayu orang ramai supaya dapat menyalurka­n bantuan bagi menampung pembedahan pemindahan hati anak serta berharap ia mampu dilaksanak­an mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada Muhammad Fakhri Hakim boleh menyalurka­nnya ke akaun CIMB Bank 7623 1303 89 atas nama Noorinie atau menghubung­i terus di talian 019-9141775.

 ??  ?? NOORINIE bersama Muhammad Fakhri Hakim yang menghidap kegagalan fungsi hati perlukan dana RM250,000.
NOORINIE bersama Muhammad Fakhri Hakim yang menghidap kegagalan fungsi hati perlukan dana RM250,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia