Harian Metro

120 tudung tiruan dirampas

-

Kuala Lumpur: Dijual murah pada harga sekitar RM69 hingga RM150 sehelai berbanding harga asal mencecah ratusan ringgit setiap satu.

Itu tindakan dua gedung tekstil terkemuka di ibu negara yang mengaut keuntungan mudah dengan menjual tudung tiruan jenama terkenal kepada orang ramai.

Penipuan itu bagaimanap­un berjaya dikesan penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Kuala Lumpur susulan serbuan dilakukan semalam.

Hasilnya sebanyak

120 helai tudung tiruan dengan nilai keseluruha­n RM11,542 dirampas.

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, serbuan dilakukan susulan aduan pemilik jenama tulen yang mengenal pasti kewujudan tudung tiruan dijual di dua gedung itu.

Bertindak atas aduan itu, KDPNKK Kuala Lumpur kemudian menjalanka­n Ops Hak Cipta yang turut disertai wakil pengadu, serentak di dua premis terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Pusat Bandar Wangsa Maju di sini.

“Hasilnya, kami menemui 71 tudung tiruan bernilai RM5,538 di premis di Pusat Bandar Wangsa Maju.

“Manakala sebanyak 49 tudung tiruan bernilai

RM6,004 dirampas di lokasi kedua di Jalan Tuanku Abdul Rahman,” katanya semalam.

Mohd Shahran berkata, kedua-dua rampasan itu dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Hak Cipta 1987.

“Pemilik premis yang memiliki serta menjual barangan tiruan, mereka boleh dikenakan denda tidak kurang RM2,000 dan tidak melebihi RM20,000 bagi setiap salinan dimiliki selain penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Malah, bagi kesalahan kali kedua, mereka boleh dikenakan denda tidak kurang RM4,000 dan melebihi RM40,000 bagi setiap salinan dimiliki selain penjara tidak lebih 19 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

 ??  ?? PENGUAT kuasa KPDNKK memeriksa dan merampas tudung tiruan.
PENGUAT kuasa KPDNKK memeriksa dan merampas tudung tiruan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia