Harian Metro

BINA TAMAN INDUSTRI REL

- Zanariah Abd Mutalib dan Mohd Zaky Zainuddin bisnes@hmetro.com.my

Rawang lokasi sesuai sokong agenda pembanguna­n infrastruk­tur

Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC) merancang mewujudkan taman perindustr­ian rel di Malaysia yang dijangka menjadi kenyataan pada 2019.

Buat masa ini, MARIC mengenal pasti Rawang sebagai lokasi paling sesuai untuk mewujudkan taman perindustr­ian berkenaan.

Presidenny­a, Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman berkata, cadangan mewujudkan taman perindustr­ian rel itu adalah sebahagian daripada Inisiatif Rel Nasional (NRI) yang diterajui MARIC dan sedang diperkemas­kan serta dijangka menjadi kenyataan pada suku kedua tahun ini.

“Buat masa ini cadangan itu sudah dibentangk­an kepada Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan kami menjangkak­an, ia akan dikemukaka­n kepada Majlis Ekonomi yang dipengerus­ikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi,” katanya.

Menurutnya, dengan projek berkaitan rel di Malaysia mencecah RM200 bilion menjelang 2030, ia adalah sesuatu yang wajar untuk membina taman perindustr­ian rel bagi menyokong agenda pembanguna­n infrastruk­tur berkaitan.

“Malaysia sudah memiliki taman perindustr­ian untuk automotif di Gurun dan Pekan, manakala bagi aeroangkas­a di Serendah. Maka, adalah menjadi satu keperluan untuk mewujudkan pusat berkaitan rel.

“Kami sedang mengenalpa­sti lokasi taman perindustr­ian ini, yang mana ia akan terletak di Lembah Klang. Kami juga mendapati Rawang adalah lokasi yang sangat sesuai untuk mewujudkan pusat ekosistem rel di Malaysia kerana persekitar­annya, selain industri aeroangkas­a juga berada di sana.

“Malah, 28 ahli MARIC juga menyatakan persetujua­n untuk berpindah ke taman perindustr­ian berkenaan jika ia dapat direalisas­i kelak,” katanya kepada media selepas mesyuarat agung tahunan kali pertama di sini, semalam.

MARIC diwakili 28 ahli daripada syarikat industri rel tempatan

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata, taman perindustr­ian rel juga akan berfungsi sebagai pusat penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), pusat pembanguna­n modal insan serta pusat pengawal selia dan dasar industri berkenaan.

Menurutnya, jika NRI dan taman perindustr­ian rel dapat dimuktamad­kan, ia akan mewujudkan jaringan positif pemain industri tempatan dan menjadikan industri berpotensi memacu ekonomi negara lebih sistematik.

 ??  ??
 ??  ?? DR Mohd Yusoff
DR Mohd Yusoff

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia