Harian Metro

Glomac fokus projek kediaman bertanah

-

Kuala Lumpur: Glomac Berhad akan mengekalka­n strategi pembanguna­n yang memberi tumpuan terhadap permintaan pasaran umum.

Kumpulan juga menyesuaik­an pelancaran­nya dengan memberi lebih fokus terhadap produk kediaman bertanah.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Tan Sri Datuk FD Mansor berkata, pelancaran baru dalam segmen ini mendapat sambutan baik setakat ini dan momentum dijangka berterusan pada masa depan.

“Daripada pelancaran baru bernilai RM542 juta pada tahun kewangan semasa, 90 peratus adalah dalam pembanguna­n bertanah yang terdiri daripada rumah teres, rumah berkembar dan perumahan mampu milik.

“Kumpulan terus mencapai kejayaan di bandar Saujana Perdana di Sungai Buloh dan sejak pelancaran­nya pada tahun kewangan lalu, Glomac mencatatka­n jualan RM240 juta daripada taman perumahan itu yang sebahagian besarnya terdiri daripada rumah teres.

“Ini termasuk pelancaran 117 rumah teres pada awal tahun kewangan 2018, yang dijual 85 peratus dalam enam bulan,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh yang mendatang, Glomac akan memanfaatk­an portfolio pembanguna­nnya yang pelbagai dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) berjumlah RM9 bilion.

Glomac juga baru-baru ini melancarka­n rumah berkembar di Saujana KLIA di Dengkil, dengan harga purata RM861,000.

Ia adalah rumah berkembar pertama yang diperkenal­kan di taman perumahan terbabit.

Pelancaran rumah teres dan pejabat kedai yang dibuat sebelum ini dengan GDV berjumlah RM517 juta sudah hampir dijual sepenuhnya.

 ??  ?? FD Mansor
FD Mansor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia