Harian Metro

SUV PERTAMA

- Alzahrin Alias news@nstp.com.my

 Model sulung hasil kerjasama Proton, Geely

Kualiti pengurusan dan pengeluara­n Proton Holdings Bhd (Proton) kini setanding dengan Volvo, sekali gus membolehka­nnya bersedia melancarka­n model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya pada suku keempat tahun ini.

Pengeluar kereta nasional itu dalam kenyataann­ya berkata, sejak kerjasama strategik antara Proton bersama Zhejiang Geely Holdings Group (Geely) diumumkan, ia melaksanak­an program peningkata­n kualiti berdasarka­n kriteria skor global Volvo.

Katanya, sejak Disember 2017, audit yang dibuat oleh Geely menunjukka­n peningkata­n memberangs­angkan tiga kali ganda kualiti Proton, sekali gus menjadi bukti keberkesan­an kerjasama antara kedua-dua syarikat.

“Proses penambahba­ikan berikutnya sedang diperkenal­kan dan dengan audit berikutnya dijadualka­n pada Mac 2018, Proton yakin mencatatka­n satu lagi peningkata­n skor audit.

“Peningkata­n ini penting sebagai persediaan pelancaran SUV pertama Proton, yang buat masa ini dijadualka­n pada akhir tahun ini,” katanya.

Difahamkan, SUV pertama yang bakal dikeluarka­n Proton adalah berasaskan model Geely Boyue dan disasarkan menjadi model sulung kerjasama kedua-dua syarikat.

Proton kini dimiliki DRB-HICOM Bhd sebanyak 50.1 peratus dan 49.9 peratus oleh Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd.

Dalam pada itu, Proton berkata, ia juga mampu berkongsi kelebihan bersama melalui Geely, yang kini memperoleh kepentinga­n di dalam gergasi automotif Jerman, Daimler.

Pengerusi Geely, Li Shufu, baru-baru ini mengumumka­n memperoleh 9.69 peratus kepentinga­n di dalam Daimler, menjadikan­nya pemegang saham tunggal terbesar bagi Mercedes-Benz dan trak Daimler.

Bulan lalu, Proton mencatatka­n penguasaan 9.6 peratus jualan pasaran automotif tempatan. Majoriti jualan dihasilkan melalui model Saga, Persona, Exora dan juga Iriz yang terus menarik minat pelanggan melalui reka bentuk, teknologi dan kelebihan nilainya.

Pada bulan ini, kempen Proton iaitu akan bermula dan boleh didapati di cawangan jualan di seluruh negara dan kempen ini akan menumpukan kepada Proton Iriz.

Pelanggan dijemput untuk memandu uji model kompak yang memenangi anugerah itu untuk merasai sendiri ciri-ciri baru yang diperkenal­kan dalam model yang dipertingk­at pada tahun lalu.

Pada masa sama, kakitangan Proton juga akan bertemu dengan pelanggan untuk memberi penerangan mengenai cara terbaik menggunaka­n pelbagai ciri pintar kereta ini.

Orang ramai boleh berkunjung ke bilik pameran Proton yang turut dilengkapi sudut keselamata­n untuk memahami aspek keselamata­n bagi model “hatchback” itu yang mendapat penarafan lima bintang oleh ASEAN NCAP. IJM Land melancarka­n kediaman siber pertama di Seremban 2 Heights, Rimbun Ara.

Pengurus Besar Kanan (Wilayah Tengah) IJM Land, Datuk Hoo Kim See berkata, sejak kebelakang­an ini, permintaan terhadap rumah pintar adalah tinggi yang mana pemilik kediaman boleh mengawal selia kediaman mereka hanya menerusi teknologi telefon pintar.

“Ia adalah satu tugas yang sukar, namun dengan ketelitian dan inovasi teknologi masa kini mampu direalisas­ikan.

“Kami mahu Rimbun Ara menjadi kediaman yang unik dan canggih, yang akan membuatkan pemilik kediaman terhubung dengan arus teknologi semasa.

“Dalam mereka bentuk kediaman siber yang pertama, kami menggabung­kan lima elemen ke dalam pembanguna­n iaitu Tenaga, Keselamata­n, Suasana, Kemudahan dan Hiburan untuk memenuhi keperluan gaya hidup secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan dikeluarka­n di sini.

Terletak di kawasan tanah tinggi berteres, Rimbun Ara diilhamkan oleh minda seorang pemilik rumah yang peka teknologi.

 ??  ?? GEELY Boyue disasarkan menjadi model sulung kerjasama Proton dan Geely.
GEELY Boyue disasarkan menjadi model sulung kerjasama Proton dan Geely.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia