Harian Metro

Vallaris dikeliling­i suasana hijau

-

Kuala Lumpur: SP Setia Bhd (SP Setia) akan melancarka­n kediaman terbaru di bawah projek Setia Eco Gardens iaitu Vallaris pada hujung minggu ini.

Kediaman berkenaan yang terletak berdekatan Lebuh Raya Laluan Kedua Singapura itu akan dikeliling­i dengan kehijauan dan berada dalam hutan hujan yang tenang berikutan hampir 14 peratus kawasan tanah di sana dikhususka­n sebagai zon hijau.

Pengurus Besar Hartanah Selatannya, Zulfakar Abdullah berkata, pihaknya teruja untuk melancarka­n Vallaris kerana sudah menerima banyak pertanyaan mengenai rumah teres dua tingkat sejak awal tahun lalu.

“Kami berharap dapat mencontohi kejayaaan yang dicapai sebagaiman­a Elata Nova di Setia Tropika yang menerima sambutan baik daripada pembeli rumah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Koleksi Vallaris yang terletak di presint Eco Village 2 menawarkan 188 unit rumah 20’ x 70’ dengan binaan 1,801 kaki persegi dan ditawarkan pada harga bermula daripada RM649,000.

Beliau berkata, proses pemilihan unit akan dibuka kepada pembeli pada pratonton pada hujung minggu ini dengan diskaun awal istimewa disediakan kepada 50 pembeli rumah pertama.

“Kami yakin projek itu akan diterima baik oleh pembeli bijak kerana Setia Eco Gardens adalah pembanguna­n yang memenangi anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Bandar hijau itu memenangi pelbagai anugerah untuk konsep eko inovatif, seni bina dan landskap dan terletak di lokasi strategik.

 ??  ?? PROJEK terbaru SP Setia di Johor iaitu Setia Eco Gardens yang menawarkan kediaman Vallaris.
PROJEK terbaru SP Setia di Johor iaitu Setia Eco Gardens yang menawarkan kediaman Vallaris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia