Harian Metro

DICEKUP DALAM TANDAS PESAWAT

- Daily Mail

 Pramugari terkejut lihat wanita duduk menghadap lelaki

berdiri seluarnya terlondeh

Dua penumpang pesawat Virgin Atlantic ditangkap pihak berkuasa kerana disyaki melakukan seks oral dalam tandas ketika dalam penerbanga­n dari Gatwick, Britain ke Mexico.

Daily Mail melaporkan, penumpang lelaki dan wanita itu berusia dalam lingkungan 20-an itu saling tidak mengenali ketika menaiki pesawat jenis Boeing 747 pada Selasa lalu.

Bagaimanap­un, mereka dilihat berbual mesra tidak lama selepas pesawat itu berlepas, terus ke tandas ketika berada di ketinggian 9,144 meter.

Seorang pramugari yang curiga dengan tindakan pasangan berkenaan membuka pintu tandas dan terkejut melihat wanita itu duduk di tandas sementara lelaki, berdiri dengan seluarnya terlondeh ke kaki.

Dalam rakaman video, pramugari kedengaran memarahi pasangan berkenaan yang tergesa-gesa keluar dari tandas.

“Kamu sanggup rosakkan percutian kamu kerana ini,” katanya.

Wanita itu juga dilaporkan bergaduh dengan rakannya sebelum menyimbah minuman di dalam pesawat.

Kapten pesawat yang dimaklumka­n kru mengenai tindakan pasangan berkenaan, menghubung­i pihak berkuasa lapangan terbang Cancun di Mexico untuk tindakan lanjut.

Apabila pesawat itu mendarat anggota polis masuk ke dalam kabin dan mengiringi pasangan berkenaan untuk ditahan bagi disoal siasat.

 ??  ?? SEORANG pramugari (kanan) memarahi pasangan berkenaan yang didapati membuat hubungan seks di dalam tandas pesawat. - Agensi
SEORANG pramugari (kanan) memarahi pasangan berkenaan yang didapati membuat hubungan seks di dalam tandas pesawat. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia