Harian Metro

Menantu Trump tuntut cerai

- AFP

New York: Isteri anak sulung Presiden Donald Trump memfailkan perceraian di New York, kelmarin.

Menurut laporan beberapa media negara itu, Vanessa Trump, 40, mengahwini Donald Trump Jr, 40, pada November 2005 dan mereka mempunyai lima anak berusia antara tiga hingga 10 tahun.

Menurut laporan, bekas model itu memfailkan perceraian tidak dicabar, bermakna prosiding tidak memasukkan perbalahan berhubung hak penjagaan dan aset.

Beberapa minggu lalu, New York Post melaporkan pasangan itu berhadapan masalah perkahwina­n, merujuk kekerapan

Donald Jr melakukan lawatan dan gemar melayari Twitter seperti bapanya.

Pertengaha­n Februari lalu, Vanessa yang biasanya tidak mahukan perhatian media, mendapati dirinya menjadi tajuk utama selepas membuka surat dihantar kepada suaminya yang mengandung­i serbuk putih misteri.

Serbuk itu tidak berbahaya tetapi beliau dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga bersama-sama ibunya, yang ada bersama ketika Vanessa membuka surat.

Pada 1 Mac lalu, lelaki Massachuse­tts berusia 24 tahun ditangkap dan didakwa menghantar mesej ancaman dan serbuk berkenaan.

–AFP Beirut: Menjelang hari-hari terakhir sebelum tentera Syria menawan Ghouta, bandar dalam wilayah itu dihujani serangan udara bertalu-talu menyebabka­n puluhan orang awam terbunuh.

Ribuan penduduk Ghouta tidak mempunyai pilihan selain meninggalk­an wilayah itu masuk ke wilayah dikuasai rejim Presiden Bashar al-Assad.

Reuters melaporkan, agensi kebajikan kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNICEF, sudah membuat persiapan untuk menempatka­n 50,000 kanak-kanak yang keluar dari Ghouta.

Serangan udara bertalu-talu semalam, menyasarka­n kawasan masih dikuasai penentang iaitu di Saqba.

Menurut laporan AFP, pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria menyatakan serangan udara oleh jet penggempur Russia itu menyebabka­n sekurang-kurangnya 42 terbunuh di Saqba dan Kfar Batna.

Pengarah pertubuhan berpangkal­an Britain, Rami Abdulrahma­n, berkata lebih 100 orang cedera.

“Ada mayat yang hangus sama sekali,” katanya.

Lebih 1,220 orang awam dengan satu perlima daripadany­a adalah kanak-kanak, terbunuh sejak Syria dengan bantuan Russia melancarka­n serangan besar-besaran terhadap Ghouta pada 18 Februari lalu.

Kementeria­n Luar Russia menyatakan lebih 12,000 penduduk Ghouta meninggalk­an wilayah itu, dengan 2,000 berbuat demikian semalam. Namun angka berkenaan tidak dapat disahkan.

Arab Saudi menegaskan ia akan membangunk­an senjata nuklear jika seteru utamanya, Iran berbuat demikian.

Dalam satu temu ramah, Putera Mahkota Mohammed Salman berkata, Arab Saudi tidak mahu memiliki senjata nuklear, namun menegaskan ia tidak akan teragak-agak.

“Arab Saudi tidak mahu memiliki sebarang senjata nuklear, namun tidak akan teragak-agak berbuat demikian jika Iran membangunk­annya.

“Kami akan mengikut jejak langkah itu secepat mungkin,” katanya kepada CBS dalam temu ramah yang akan disiarkan sepenuhnya Ahad ini.

Kenyataan Putera Mahkota itu menambah prospek perlumbaan senjata di rantau yang penuh konflik itu.

Arab Saudi sudah lama

Sementara itu di satu lagi medan pertempura­n, AFP melaporkan, bedilan artileri tentera Turki terhadap Afrin menyebabka­n sekurang-kurangnya 18 orang awam terbunuh.

Menurut pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, bedilan tentera Turki sejak tengah malam kelmarin menyebabka­n lima kanak-kanak turut maut. Agensi

 ??  ?? KANAK-kanak Syria berlari di celah runtuhan mencari perlindung­an daripada serangan udara di Ghouta.
KANAK-kanak Syria berlari di celah runtuhan mencari perlindung­an daripada serangan udara di Ghouta.
 ??  ?? BAYI yang cedera dirawat di sebuah klinik sementara itu Ghouta. - AFP
BAYI yang cedera dirawat di sebuah klinik sementara itu Ghouta. - AFP
 ??  ?? MAYAT dua kanak-kanak Syria di klinik sementara sebelum dikebumika­n. - AFP
MAYAT dua kanak-kanak Syria di klinik sementara sebelum dikebumika­n. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia