Harian Metro

Puteri Raja Salman kena waran tangkap EMAS GUGUR DARI LANGIT

- Agensi

Paris: Pihak berkuasa Perancis mengeluark­an waran tangkap terhadap puteri Raja Arab Saudi, Raja Salman kerana disyaki mengarahka­n pengawal peribadiny­a memukul seorang pekerja di apartmenny­a, pada 2016.

Puteri Hassa, 44, yang juga kakak kepada Putera Mahkota, Mohammed bin Salman adalah satu-satunya anak perempuan Raja Arab Saudi itu.

Menurut AFP, waran tangkap berkenaan dikeluarka­n terhadap puteri berkenaan lewat Disember lalu dengan nama mengikut ejaan Perancis iaitu Hussat ben Salmane.

Kejadian berlaku pada September 2016 apabila pekerja terbabit mendakwa dia ditumbuk di muka, tangannya diikat dan dipaksa mencium kaki puteri itu.

Pada mulanya, mangsa dilaporkan diupah melakukan kerja pengubahsu­aian di kediaman Hassa terletak di Avenue Foch, dekat Arc de Triomphe di bahagian barat Paris.

Bagaimanap­un, puteri berkenaan berang melihat lelaki terbabit mengambil gambar bilik yang ingin diubahsuai itu dan mengesyaki dia cuba menjual gambar itu kepada media.

Selepas melihat perbuatan lelaki itu, Hassa dikatakan mengarahka­n pengawal peribadi memukul mangsa.

Pengawal peribadi itu kemudian didakwa pada 1 Oktober dengan kesalahan melakukan keganasan bersenjata, curi, membuat ancaman bunuh dan menahan seseorang tanpa kerelaan mereka. - Daily Mail

Landasan sebuah lapangan terbang di Siberia, Russia, dipenuhi emas apabila pintu kargo pesawat membawa berlian, platinum dan emas bernilai £265 juta (RM1.5 bilion) terbuka sebelum tercabut ketika berlepas, kelmarin.

Menurut AFP, pesawat Antonov milik Nimbus Airlines itu berlepas selepas mengisi minyak di lapangan terbang di Yakutsk, Siberia, apabila pintu jet kargo di belakang terbuka dan hampir 200 ketul emas dari lombong emas Kupol, bertaburan di atas landasan.

Daily Mail yang memetik Siberian Times melaporkan, kargo berkenaan milik syarikat Chukota Mining dan Geological yang 75 peratus sahamnya milik Canadian Kinross Gold.

Yakutsk ialah bandar utama Yakutia atau Republik Sasha, wilayah pengeluara­n berlian Russia.

Menurut AFP, Jawatankua­sa Siasatan Russia dalam kenyataan di Telegram menyatakan perubahan tekanan akibat ketinggian pesawat menyebabka­n pintu kargo rosak.

Pesawat yang dalam perjalanan ke Krasnoyars­k itu kemudian membuat pendaratan cemas di Magan.

Polis segera menutup landasan dan hanya pasukan khas keselamata­n dibenarkan masuk ke landasan untuk menyiasat dan mengumpul kargo berharga terbabit.

Menurut Siberian Times, kru darat yang menyediaka­n pesawat untuk berlepas bagaimanap­un ditahan untuk siasatan.

Agensi berita TASS melaporkan, Kementeria­n Dalam Negeri Russia menyatakan hanya sebahagian emas daripada sembilan tan yang berada dalam pesawat jatuh.

Laman web tempatan menyatakan kira-kira 172 ketul seberat 3.4 tan ditemui.

 Jatuh dari pesawat kargo bawa

permata berharga

 ??  ?? KETULAN emas yang bertaburan di atas landasan. - Agensi
KETULAN emas yang bertaburan di atas landasan. - Agensi
 ??  ?? BAHAGIAN kargo pesawat yang tercabut ketika berlepas di Siberia. - Agensi
BAHAGIAN kargo pesawat yang tercabut ketika berlepas di Siberia. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia