Harian Metro

NEKAD BANGKIT SEMULA

- Fabian Peter fabian.mark@nst.com.my

Selepas persembaha­n buruk pada saingan di Eropah, pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berazam untuk bangkit dengan lebih cemerlang.

Kelmarin, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu tersingkir daripada saingan Seluruh England di Birmingham, selepas tumbang 22-24, 20-22 kepada pasangan China, Zhang Nan-Li Yinhui pada pusingan kedua.

Awal minggu lalu, bekas pasangan nombor satu negara itu, terkandas pada pusingan pertama Terbuka Jerman di Mulheim.

Ketika dihubungi, Liu Ying yang kembali ke kejohanan kompetitif tahun ini selepas berehat hampir setengah tahun selepas pembedahan berkata: “Mendapatka­n kembali perasaan menyertai kejohanan penting.

“Saya yakin dengan lebih banyak latihan dan pertanding­an, kami akan menjadi lebih baik.

“Lagipun taktikal permainan ketika bertemu pasangan China semalam bagus. Kesilapan pada saat penting memberi kesan kepada kami.

“Kami terlalu mahukan kemenangan, jadi kami menerima balasannya.”

Peng Soon-Liu Ying yang menjuarai Terbuka Thailand (Januari), selepas kembali disatukan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), boleh kembali mencari kejuaraan pada Sukan Komanwel

adalah

sangat Gold Coast, bulan depan.

Mereka dinamakan dalam skuad bersama rakan sepasukan yang juga pasangan nombor satu negara,

Goh Soon Huat-Shevon Lai, yang menjuarai Terbuka Jerman minggu lalu.

 Liu Ying mahu gandakan latihan enggan ulangi kesilapan ketika berhadapan beregu China

 ??  ?? LIU Ying (kiri) bersama Peng Soon kecundang di tangan beregu China di Seluruh England, kelmarin.
LIU Ying (kiri) bersama Peng Soon kecundang di tangan beregu China di Seluruh England, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia