Harian Metro

AKSI MEMUKAU

- Fadhli Ishak dan Sukhairi Thani sukanteam@nstp.com.my

 Prinsipal Monster Yamaha Tech 3 akui terpikat semangat juang Pescao sejak 2012

Prinsipal pasukan Monster Yamaha Tech3, Herve Poncharal mengakui beliau sudah lama ‘menaruh hati’ dengan Hafizh Syahrin Abdullah sejak pelumba itu muncul pada Grand Prix Malaysia 2012 menerusi penyertaan tiket wildcard.

Hafizh yang ketika itu berusia 18 tahun, memulakan saingan di kedudukan ke-27, namun mengerah keringat untuk meraih penamat keempat, sekali gus membuka mata banyak pihak.

Dia kemudianny­a diangkat ke tangga ketiga selepas pelumba Australia, Anthony West yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua dilucutkan kemenangan­nya kerana isu doping.

Poncharal berkata, kedudukan di pertengaha­n carta Moto2 diraih Hafizh menunjukka­n bakat dan kemampuann­ya.

“Saya sentiasa mengingati 2012 ketika Hafizh beraksi menggunaka­n tiket wildcard di Sepang apabila dia beraksi penuh menakjubka­n dalam keadaan litar basah,” kata Poncharal.

“Ia kali pertama saya melihatnya dan saya katakan wau! Siapa pelumba itu? Dia mempunyai bakat yang luar biasa.

“Cara dia mengawal situasi genting dengan banyak air di litar dan berjaya mengelak daripada terjatuh amat sukar untuk dipercayai. Dia berjaya mengawal tekanan dengan baik dan menamatkan kedudukan di tangga keempat yang kemudianny­a diangkat ke tangga ketiga.

“Dari saat itu, saya amat ingin tahu dan berminat mengenalin­ya dengan lebih dekat, malah saya mengikuti perkembang­annya di Moto2 dan yakin dengan kemampuann­ya (dalam Moto2).

“Bukan mudah berada di Eropah, Moto2 satu operasi kecil dan dia perlu belajar banyak perkara. Meskipun keputusann­ya di Moto2 mungkin biasa saja buat sesetengah pihak, tapi saya tahu bakat dimilikiny­a.”

Dalam pada itu, Poncharal berkata, beliau melakukan segala-galanya untuk mengikat Hafizh selepas peluang terhidang di depan mata.

“Saya sentiasa berkata kepada diri saya betapa saya mahu bekerja bersamanya dan apabila (Jonas) Folger memutuskan tidak boleh berlumba musim ini, saya terus mengambil peluang itu.

“Saya menawarkan Hafizh dan (Datuk) Razlan Razali slot berkenaan dan saya gembira apabila mereka menerimany­a. Ia adalah lakaran sejarah kerana ini kali pertama seorang rakyat Malaysia dan pelumba di rantau Asia Tenggara beraksi secara sepenuh musim di MotoGP.”

 ??  ??
 ??  ?? HAFIZH (kanan) bersama barisan pelumba yang akan menyertai GP Qatar di Litar Antarabang­sa Losail.
HAFIZH (kanan) bersama barisan pelumba yang akan menyertai GP Qatar di Litar Antarabang­sa Losail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia