Harian Metro

Bekas mekanik doakan kejayaan Hafizh

-

Kuala Lumpur: Musim pertama tanpa Hafizh Syahrin Abdullah di paddock mungkin sedikit kekok buat mekanik Habibtulla­h Mohd Fuad.

Habib yang sudah enam tahun bersama Hafizh bagaimanap­un enggan mengambil pusing mengenai perkara itu dan lebih berbangga dengan rakannya itu yang kini sudah mencapai impian menyertai kelas perdana MotoGP musim ini.

“Sedikit kekok kerana sudah lama bersama Hafizh tapi di sini saya masih bersama pelumba Malaysia (Zulfahmi Khairuddin) dan Adam (Norrodin),” kata Habibtulla­h yang kini bersama SIC Racing dalam kelas Moto2.

“Apa pun, tahniah buat Hafizh kerana mencapai cita-cita yang diidamkan iaitu menyertai kelas paling tinggi, MotoGP. Saya harap dia pantas belajar, terus berusaha dan jangan putus asa, selain mampu membuat keputusan terbaik bukan saja untuk dirinya tapi juga negara.”

Pada musim kali ini, Hafizh menyertai pasukan Monster Yamaha Tech3 sekali gus melakar sejarah tersendiri apabila muncul pelumba pertama dari rantau Asia Tenggara beraksi dalam kelas MotoGP.

Hafizh akan berganding­an dengan pelumba dari Perancis, Johann Zarco yang menamatkan musim lalu di tangga keenam keseluruha­n dengan 174 mata.

Ditanya mengenai perwatakan dan cara Hafizh sebelum perlumbaan, Habib berkata: “Dia seorang yang periang, suka bergurau dengan semua kru pasukan.

“Itu salah satu caranya mengurangk­an tekanan sebelum perlumbaan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia