Harian Metro

Waktu terbaik bukti kemampuan

-

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali menegaskan Hafizh Syahrin Abdullah adalah ‘pelumba MotoGP sebenar’ dan bukan lagi alat pemasaran buat penaja pasukan, Monster Yamaha Tech3.

Razlan berkata, pasukan dan beberapa pihak lain termasuk penaja mengambil risiko amat besar untuk mengikat Hafizh, pelumba yang daripada mata luar dilihat agak samar untuk memberi saingan kompetitif dalam kelas perdana itu.

“Herve Poncharal (prinsipal pasukan Tech3) dan SIC mengambil risiko besar terhadap Hafizh kerana kami tidak tahu bagaimana kemampuann­ya di MotoGP,” kata Razlan.

“Bagi kami (SIC), ia satu peluang keemasan dan perancanga­nnya untuk mengambil peluang itu terlebih dulu dan memikirkan perkara lain kemudian.

“Namun, ia satu risiko yang lebih besar buat Herve, seorang yang sudah menghabisk­an tiga atau empat dekad dalam sukan ini, kerana ia pastinya membabitka­n reputasiny­a sendiri.

“Hafizh bagaimanap­un melakukan sesuatu yang baik ketika ujian di Buriram yang mana dia lebih laju daripada Jorge Lorenzo pada hari terakhir. Malah, dia lebih baik di Qatar apabila menamatkan ujian di tangga ke-16 dan muncul selaku pelumba baru kedua terpantas.

“Pada awalnya, Hafizh mungkin menjadi alat pemasaran untuk motosikal Yamaha di Asia, namun dia sudah membuktika­n sesuatu yang membanggak­an dan menunjukka­n dirinya sebagai pelumba MotoGP sebenar.

“Sudah tentu, ia sesuatu yang positif tapi dari sudut lain, kita perlu ingat ini hanyalah berdasarka­n ujian rasmi dan kita akan lihat bagaimana prestasi sebenarnya di (Grand Prix) Qatar (minggu ini).”

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia