Harian Metro

SAINGAN BERMULA

- Haika Khazii sukanteam@nstp.com.my

 Pelumba daripada 22 pasukan mulakan saingan LTdL esok

Sama ada kemenangan peringkat mahupun kedudukan individu keseluruha­n, semua pelumba 22 pasukan yang akan bersaing dalam edisi ke-23 Le Tour de Langkawi 2018 (LTdL), bermula esok melaungkan keyakinan mereka mampu menghasilk­an keputusan positif.

Bermula Peringkat 1 dari Kangar ke Kulim, diikuti Gerik-Kota Bharu, Kota Bharu-Kuala Terengganu, Dungun-Pekan, Bentong-Cameron Highlands, Tapah-Tanjung Malim, Nilai-Muar hinggalah Peringkat 8 dan terakhir Rembau-Kuala Lumpur, masing-masing sudah membuat percaturan untuk menguasai peringkat landai dan berbukit yang menanti pada edisi kali ini.

Peringkat landai pastinya akan menyaksika­n saingan sengit dengan tumpuan menjurus kepada pemegang rekod 22 peringkat dalam LTdL iaitu Andrea Guardini yang beraksi bersama pasukan profesiona­l benua baru, Bardiani-CSF.

“Bersama pasukan yang cukup lama dari Itali sendiri, saya mendapat semangat baru dan akan cuba menghadiah­kan kemenangan di beberapa peringkat untuk mereka, kerana saya sendiri hampir dua tahun tidak menang sebarang peringkat.

“Kami datang ke LTdL untuk menghasilk­an keputusan baik supaya ia menjadi motivasi buat kami terutama selepas mendapat undangan ke Giro d’Italia tahun ini,” kata pelumba kelahiran Tregnago, Itali itu yang mencipta nama dengan lima kemenangan peringkat pada LTdL 2011.

Pelumba berusia 28 tahun itu bagaimanap­un mengakui ada ramai pencabar yang mampu memintasny­a dalam henjutan terakhir ke garisan penamat nanti.

Antaranya pakar pecut muda dari CCC Sprandi Polkowice, Szymon Wojciech Sajnok yang muncul juara dunia acara omnium di Kejohanan Trek Sedunia di Appledorn, Belanda baru-baru ini, selain dua pakar pecut Malaysia, Anuar Manan (Forca Amskins) dan Hariff Salleh (TSG).

Sementara itu, perebutan jersi kuning individu keseluruha­n pastinya tertumpu kepada dua pelumba Dimension Data, Mekseb Debesay dan Nicholas Dlamini dengan Debesay menduduki tangga kelima keseluruha­n edisi lalu.

“Saya mendengar banyak cerita mengenai jelajah ini dan ia kegemaran bagi pelumba dari Afrika dan Eropah. Dengan kejayaan di Tour Down Under, saya harap dapat memberi cabaran dan membantu rakan sepasukan dalam klasifikas­i individu dan berpasukan,” kata Dlamini.

“Walaupun tanpa pakar pecut handalan, kami berharap turut memberi saingan dalam pecutan terakhir nanti. Memang ada sedikit tekanan tapi kami akan tanganinya hari demi hari, peringkat demi peringkat,” kata pelumba kelahiran Afrika Selatan berusia 22 tahun itu.

 ?? Nicholas Dlamini ?? DARI kiri Dlamini bersama Anuar Manan, CEO LTdL, M Kumaresan, Guardini dan Sajnok pada sidang media LTdL di Langkawi, semalam. Walaupun tanpa pakar pecut handalan, kami berharap turut memberi saingan dalam pecutan terakhir nanti. Memang ada sedikit...
Nicholas Dlamini DARI kiri Dlamini bersama Anuar Manan, CEO LTdL, M Kumaresan, Guardini dan Sajnok pada sidang media LTdL di Langkawi, semalam. Walaupun tanpa pakar pecut handalan, kami berharap turut memberi saingan dalam pecutan terakhir nanti. Memang ada sedikit...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia