Harian Metro

Malaysia tambah satu gangsa

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Malaysia meraih pingat gangsa kedua pada Kejohanan Menembak Universiti Dunia (WUSC) 2018 menerusi acara air pistol 10 meter berpasukan wanita.

Trio negara Aida Amirah Mohd Sheriff, Nik Nur Nabilah Syahidah Nik Nor Rosdi dan Cuili Siau konsisten berada pada kedudukan 20 teratas dalam aksi kelayakan.

Walaupun gagal mara ke saingan final individu, gabungan 1,131 mata sudah cukup membolehka­n mereka meraih gangsa dalam acara berpasukan di belakang Korea Selatan dan China pada saingan di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Subang, semalam.

“Saya fikir semangat sepasukan membolehka­n kami menaiki podium kali ini, kali pertama pada kejohanan sebesar ini.

“Tekanan memang ada namun kami tidak mudah mengalah. Kami terus fokus kerana tidak meletakkan sebarang sasaran pingat pada saingan ini,” jelas Aida Amirah.

Manakala Cuili yang pernah meraih gangsa Sukan Universiti Asean (ASEAN) 2016, gembira keputusann­ya menangguhk­an latihan praktikal selama sebulan membuahkan hasil.

“Sebenarnya saya sedang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat namun membuat keputusan menangguhk­annya selama sebulan bagi memberi tumpuan kepada kejohanan ini. Ia ternyata berbaloi,” katanya.

Kejayaan trio wanita negara menceriaka­n kontinjen negara selepas Eddy Chew meraih gangsa dalam acara individu 10m air pistol kelmarin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia