Harian Metro

JAGUH SUKAN ALAM MAYA

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Azam lepas lelah main permainan dalam talian dengan set komputer bernilai RM13,000

Menjadi seorang yang bernama Muhammad Azam Masri bukan mudah. Dengan beban yang dipikul selaku atlet kebangsaan selain tuntutan sebagai pelajar di Universiti

Putra Malaysia

(UPM), sudah pasti jadual kehidupan setiap hari begitu padat buatnya.

Atas faktor itu, ada ketikanya untuk Azam mencari ‘hiburan’ bagi mendapatka­n ketenangan dan mengembali­kan semangatny­a semula.

Satu cara paling baik buatnya adalah dengan bermain permainan dalam talian seperti Dota dengan menggunaka­n komputer miliknya.

“Masa bersekolah di SSTMI (Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail), rutin harian saya adalah belajar dan berlatih saja.

“Dari situlah saya tekad untuk memiliki satu set komputer untuk bermain perisian permainan.

“Selepas berakhir SUKMA (Sukan Malaysia) pada 2016 di Sarawak, saya terus membeli sebuah komputer riba yang lebih kepada untuk bermain game,” katanya.

Jelas Azam yang mewakili negara dalam acara 400 meter berkata, ia tidak terhenti di situ saja, sebaliknya dia menambah baik dengan membeli beberapa peralatan lain termasuk kerusi khas untuk mendapat mood yang lebih seronok apabila bermain.

“Saya anggarkan sudah berhabis kira-kira RM13,000 untuk waktu sekarang. Tapi sebenarnya ada lagi yang ingin saya tambah untuk rasa benar-benar berpuas hati apabila bermain,” katanya.

Menepis persepsi negatif banyak pihak yang menganggap bermain permainan dalam talian membuatkan seseorang itu lalai dengan urusan lain, Azam sebaliknya berkata, jika dapat menguruska­n aktiviti seharian dengan baik, maka tidak timbul masalah seperti yang diperkatak­an itu.

“Bagi saya, rutin harian memang padat dengan perlu menjalani latihan serta pergi ke kelas di UPM.

“Jadi sebenarnya masa yang betul-betul lapang untuk saya bermain adalah pada waktu malam.

“Itu pun hanya beberapa jam saja sebab kena tidur awal kerana akan bangun awal di sebelah pagi untuk menjalani latihan.

“Hanya pada hujung minggu mungkin ada masa yang lebih sedikit untuk bermain game,” katanya.

Bagi Azam, selain dapat mengurangk­an tekanan, bermain permainan dalam talian juga dapat menambah kenalan.

“Saya bermain game secara dalam talian. Jadi saya akan bertemu ramai rakan baru dari seluruh dunia,” katanya.

 ??  ?? AZAM di samping set komputer yang digunakan untuk bermain permainan dalam talian.
AZAM di samping set komputer yang digunakan untuk bermain permainan dalam talian.
 ??  ?? AKSI Azam ketika mewakili negara di KL2017.
AKSI Azam ketika mewakili negara di KL2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia