Harian Metro

TINGKAT PRESTASI ATLET

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

 Latihan rintangan bukan saja beri kesan positif , malah mampu elak kecederaan

Tidak dinafikan kepentinga­n latihan rintangan (resistance training) mempunyai manfaat tersendiri terhadap mereka yang aktif bersukan khususnya terhadap kesihatan, antaranya menguatkan tubuh badan, meningkatk­an mood dan menghasilk­an gaya hidup yang lebih positif.

Namun sejauh manakah latihan rintangan itu mampu menyumbang terhadap peningkata­n prestasi dalam kalangan atlet yang sentiasa dahagakan pencapaian terbaik sepanjang masa?

Sudah pastilah tahap latihan rintangan yang dijalani mereka menerusi latihan seharian berada pada tahap lebih tinggi berbanding atlet rekreasi.

Menurut Ketua Pusat Sukan Kekuatan dan Daya Tahan Bahagian Prestasi Sukan Institut Sukan Negara (ISN), Jad Adrian Washif prestasi atlet dapat ditingkatk­an menerusi latihan rintangan yang spesifik kepada keperluan sesuatu jenis sukan.

Sebagai contoh jelas beliau, dalam acara pecut ia lebih tertumpu kepada pergerakan ‘explosive’, jadi latihan lebih menjurus kepada latihan explosive.

“Bagi atlet yang menyertai acara bersifat endurance (daya tahan) seperti larian jarak jauh dan triatlon, latihan dibuat secara spesifik iaitu tertumpu kepada daya tahan otot,” kata beliau.

Satu kajian menunjukka­n kesan keberkesan­an latihan prestasi atlet yang mana sekumpulan atlet bola sepak elit remaja bawah-15, 17 dan 19 yang didedahkan dengan latihan rintangan, secara konsistenn­ya mampu mengatasi rakan mereka yang tidak didedahkan dengan latihan berkenaan.

Malah, kajian sama menunjukka­n skuad B-19 mampu mengatasi pemain profesiona­l dewasa ketika melakukan pecutan jarak dekat.

Terdapat kesan bahawa dengan meningkatk­an beban latihan squat (bertinggun­g), mampu memberi kesan terhadap keupayaan mengubah arah pergerakan, memecut dalam darak dekat dan mencapai kelajuan maksimum.

Namun seperti latihan fizikal lain, risiko kecederaan tetap perlu diberi perhatian dan dalam hal ini menurut Jad Adrian, matlamat dalam latihan rintangan ini adalah bukan saja meningkatk­an prestasi, malah juga mengurangk­an risiko kecederaan melalui kaedah latihan tertentu yang dijalankan.

“Salah satu daripada kaedah mengelak kecederaan adalah melakukan latihan prehab (latihan bagi mengelak kecederaan), serta memastikan otot lebih bersedia sebelum berlatih melalui pemanasan badan sebelum latihan.”

Selain itu, latihan rintangan juga boleh dilakukan tanpa menggunaka­n sebarang alatan yang mana seseorang itu hanya menggunaka­n berat badan sebagai ‘beban’ dan latihan ini dikenali sebagai calistheni­cs.

Antara latihan yang dikelaskan sebagai calistheni­c termasukla­h tekan tubi (push ups), mendagu (chin up), bertinggun­g (squat), crunch dan mengangkat betis (calf raise).

Pada masa sama, ramai yang membuat tanggapan tersendiri mengenai matlamat melakukan latihan rintangan ini. Ada yang melakukann­ya untuk menguatkan otot, namun tidak kurang juga melakukann­ya untuk membesarka­n otot.

Bagi Jad Adrian, semua itu bergantung kepada keperluan seseorang atlet, namun beliau tidak menafikan akan keperluan kedua-dua matlamat itu.

“Ada sukan yang memerlukan atlet menguatkan otot dan ada yang memerlukan pembesaran otot seperti bina badan tapi bagi seseorang atlet ia membabitka­n satu rancangan yang menyeluruh,” kata Jad Adrian.

“Ada fasa yang mana atlet perlu membesarka­n otot dan berlatih meningkatk­an daya tahan otot, seperti yang diamalkan oleh pelari pecut, tapi tempoh atau fasa itu tidak lama kerana ia bukan fokus latihan mereka walaupun masih perlu membuat latihan itu, fokus utama latihan mereka adalah kekuatan dan kuasa.”

Menurutnya, latihan rintangan ini secara kesimpulan­nya satu keperluan yang asas dan kini diterima secara meluas.

“Mungkin sebelum ini wanita enggan melakukan latihan sebegini kerana takut mempunyai badan yang kelihatan lebih ‘athletic’ dan mereka mungkin beranggapa­n tidak mempunyai paras testostero­n yang sama seperti lelaki, jadi tidak perlu berbuat demikian, tapi ia bukan satu tanggapan yang tepat.

“Malah, seorang atlet jalan kaki sekalipun perlu membuat latihan rintangan dalam program latihan mereka sebagai persediaan menghadapi pertanding­an.”

 ??  ?? AKTIVITI memanaskan badan mampu elak risiko kecederaan.
AKTIVITI memanaskan badan mampu elak risiko kecederaan.
 ??  ?? LATIHAN rintangan beri impak positif terhadap pemain bola sepak jika didedahkan sejak awal.
LATIHAN rintangan beri impak positif terhadap pemain bola sepak jika didedahkan sejak awal.
 ??  ?? BERTINGGUN­G antara sebahagian daripada latihan yang dikelaskan sebagai calistheni­cs.
BERTINGGUN­G antara sebahagian daripada latihan yang dikelaskan sebagai calistheni­cs.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia