Harian Metro

JANJI ADA KUALITI

- AFP

 Pochettino realistik Spurs gapai Piala FA

meskipun bukan ‘beli’ trofi

London

Mauricio Pochettino percaya skuad kendaliann­ya perlu berbangga dengan pencapaian yang sudah dilakar Tottenham sekalipun kejayaan yang diburu tidak berjaya dimiliki kerana mereka tidak ‘membeli’ trofi seperti pasukan lain.

Anak buah Pochettino akan berkunjung ke Swansea City, malam ini untuk memburu tempat ke separuh akhir Piala FA Inggeris.

Spurs mempunyai rekod baik di laman sendiri dan di luar negara sejak dikendalik­an Pochettino tiga musim lalu, tetapi mereka berpotensi untuk sekali lagi menamatkan saingan tanpa trofi dengan satu-satunya buruan yang masih realistik adalah Piala FA.

Namun, Pochettino menolak pendapat menyatakan Tottenham sekali lagi dilabel gagal jika mereka tidak berjaya memenangi sebarang trofi musim ini.

“Orang yang memahami bola sepak cukup faham projek ini adalah projek yang amat mengujakan kerana kami bukannya kelab yang pergi membeli trofi, kami adalah kelab yang layak untuk mendapat trofi,” kata pengendali dari Argentina itu.

“Bagi saya mengapa orang menunjukka­n rasa kecewa adalah kerana mereka fikir kami layak mendapat trofi yang kami gagal menangi.”

Sekalipun terus buntu menambah koleksi trofi, Tottenham jelas meningkatk­an kualiti mereka apabila sering menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan empat teratas.

Begitupun, wujud persoalan selama mana mereka boleh mengekalka­n pemain muda berkualiti yang digilap oleh Pochettino jika kejayaan yang diburu terus gagal dicapai.

Menambah perit, pemburuan trofi

Piala FA Spurs diganggu dengan ketiadaan penyerang berkualiti, Harry

Kane yang dijangka akan tersisih selama lebih sebulan kerana kecederaan buku lali.

 ?? Mauricio ?? KANE Orang yang memahami bola sepak cukup faham projek ini adalah projek yang amat mengujakan kerana kami bukannya kelab yang pergi membeli trofi, kami adalah kelab yang layak untuk mendapat trofi”
Mauricio KANE Orang yang memahami bola sepak cukup faham projek ini adalah projek yang amat mengujakan kerana kami bukannya kelab yang pergi membeli trofi, kami adalah kelab yang layak untuk mendapat trofi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia