Harian Metro

Kepulangan yang dinanti

-

Stockholm: Zlatan Ibrahimovi­c akhirnya ‘bebas’ daripada kecederaan lutut kiri serius yang mengetepik­annya selama hampir setahun dan kepulangan­nya bersama Manchester United dijangka tidak lama lagi.

Pemain berusia 36 tahun itu memberitah­u perkembang­an itu ketika mengumumka­n kerjasama baru antaranya dengan syarikat teknologi Samsung.

Selepas mengalami kecederaan lutut ketika suku akhir Liga Europa menentang kelab Belgium, Anderlecht pada April tahun lalu, kali terakhir Ibrahimovi­c beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris adalah pada 26 Disember lalu menentang Burnley.

Dia begitupun dikeluarka­n pada separuh masa pertama dan sejak itu sentiasa tersisih tetapi ketika ditanya sama ada bersedia untuk menyarung jersi United, jawapan pemain kelahiran Sweden itu jelas.

“Apabila saya bersedia untuk menampilka­n aksi terbaik. Itulah masanya,” kata Zlatan yang dianggap pemain bola sepak Sweden terhebat sepanjang zaman dan pernah menjulang gelaran liga bersama Ajax (Belanda), Juventus, Inter dan AC Milan (Itali), Barcelona (Sepanyol) dan Paris St-Germain (Perancis) sebelum tiba di Old Trafford pada 2016.

Ibrahimovi­c menambah gelaran Liga Europa bersama United tetapi hanya menyaksika­n perlawanan di kawasan tempat duduk kerana kecederaan.

Dengan pendahulu liga, Manchester City ketika ini memiliki jurang besar perbezaan 16 mata di depan United di tangga kedua, kejuaraan liga domestik England tidak mampu lagi dijangkau.

Selain Liga Perdana, United juga tersingkir daripada kancah Liga Juara-Juara kepada kelab Sepanyol, Sevilla dengan Piala FA menjadi satu-satunya trofi yang mampu diburu.

“Saya mahu berada di tahap yang mana saya boleh beraksi di tahap terbaik kerana saya tidak mampu untuk membantu pasukan musim ini,” katanya sebelum memberi petunjuk untuk keluar daripada persaraan di pentas antarabang­sa untuk bersama Sweden pada Piala Dunia Russia.

“Saya memikirkan mengenai perkara ini sepanjang masa, tapi jika saya mahu, saya akan berada di sana,” katanya yang bersara daripada skuad kebangsaan selepas Euro 2016. - Reuters

 ??  ?? POCHETTINO (kiri) tagih sentuhan Son Heung-Min robek gawang
Swansea malam ini.
POCHETTINO (kiri) tagih sentuhan Son Heung-Min robek gawang Swansea malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia