Harian Metro

PERANG SUKU AKHIR

- AFP

Manchester City akan berdepan Liverpool dalam saingan membabitka­n pasukan dari England pada suku akhir Liga Juara-Juara manakala Juventus berpeluang membalas dendam terhadap juara bertahan, Real Madrid dalam pertembung­an ulangan final tahun lalu.

Pasukan dengan pakej kejutan, Sevilla akan menentang Bayern Munich manakala Barcelona dipertemuk­an dengan AS Roma dalam undian di Nyon semalam.

Skuad kendalian Juergen Klopp, Liverpool akan menanti pasukan Pep Guardiola, City di Anfield bagi suku akhir pertama 3 atau 4 April depan ketika kedua-duanya bertemu buat kali pertama di Eropah.

Ia juga akan menjadi pertemuan pertama dua kelab England pada kelompok lapan terakhir Liga Juara-Juara sejak Chelsea menentang Manchester United pada musim 2010-2011.

Pengarah bola sepak

City, Txiki Begiristai­n berkata: “Kami sangat mengenali antara satu sama lain, mereka pasukan yang amat suka menyerang, ia akan menjadi pertemuan yang hebat dan kita akan melihat bola sepak yang bagus.” Paris: Borussia Dortmund tersingkir daripada kancah Liga Europa selepas diikat tanpa jaringan oleh RB Salzburg di tempat lawan untuk tewas 1-2 secara agregat, awal pagi semalam.

Selepas kalah mengejut 1-2 di laman sendiri minggu lalu, kelab gergasi Jerman itu gagal untuk merobek gawang Salzburg yang kali pertama beraksi di peringkat lapan terakhir kejohanan

Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukann­ya akan gembira bermain perlawanan kedua di laman sendiri di Santiago Bernabeu berdepan Juventus, dengan pengalaman kelab Itali itu terbukti penting ketika menewaskan kelab England, Tottenham pada kelompok 16 terakhir.

Bayern yang menyasarka­n untuk menang mahkota Eropah buat kali keenam, berdepan Sevilla, pasukan yang melakukan kejutan menewaskan Manchester United, namun penjaga gol Sven Ulreich berkata, mereka lega dapat mengelak satu daripada pasukan utama.

“Ada undian yang lebih sukar. Ia boleh dilakukan, Sevilla juga sudah menyinar di

Eropah dan mereka sudah menang tiga Liga

Europa,” kata

Ulreich.

“Jadi kami akan fokus apabila ke sana

(perlawanan pertama) dan kami akan melakukann­ya di laman sendiri.”

 Liverpool bertemu City, Juve berpeluang

balas dendam terhadap Real

 ??  ?? AGUERO
COUTINHO
AGUERO COUTINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia