Harian Metro

Mourinho hina pasukan sendiri

-

bola sepak terbaik di dunia, menurut beliau sendiri, sudah memberi kata putus yang paling kreatif dan mengejutka­n. Jose Mourinho yang menggelar diri ‘The Special One’ satu masa dulu, pada pertengaha­n minggu lalu memberi alasan yang amat inovatif.

Manchester United tersingkir daripada Liga Juara-Juara atau UCL selepas tewas di Old Trafford atau ‘Theatre of Dreams’. Kelab Sepanyol, Sevilla yang menumpaska­n pasukan gergasi England melakukan kejutan kerana Red Devils sekian lama sudah hilang taring.

Namun perkara yang keluar dari mulut Mourinho, bahawa United sudah pernah terkandas pada

(gambar)

pusingan 16 terakhir sebelum ini, apabila tewas di tangan FC Porto yang dikendalik­annya serta Real Madrid maka tidak menghairan­kan perkara itu berulang lagi.

Pengurus yang lebih elok digelar ‘The Boring One’ kini sudah lepas tangan berikutan keputusan itu. Mourinho sudah menganggap United bukan lagi masalah beliau kerana kalah menang adalah tertumpu kepada sejarah.

Seolah-olah kejayaan Mourinho bersama Porto yang menundukka­n United pada 2004 pada pusingan 16 terakhir, lebih membanggak­annya.

Begitu juga pada 2013 apabila Mourinho bersama Real Madrid mengetepik­an Manchester United pada pusingan sama.

Pengurus United itu kini menghina pasukan sendiri dengan membanggak­an pencapaian peribadi ke atas pasukan yang kini dikendalik­annya sendiri. Masalah yang ingin dielakkan Mourinho adalah corak permainan pengecut yang diamalkann­ya.

Corak permainan konservati­f atau pengecut sudah menjurus kepada kejayaan peribadi tetapi pada masa ini Mourinho begitu taksub dengan menghancur­kan identiti United, satu pasukan yang mempunyai profil serta pendirian sebagai kelab yang mencorakka­n permainan ranggi kini pengecut apabila menghadapi lawan.

Puncanya seorang pengurus yang sudah tampak ketinggala­n zaman walaupun membelanja­kkan wang besar. Mourinho mengendali­kan antara kelab terbesar di dunia tetapi membawa mentaliti sempit ke mana jua beliau pergi.

Sebagai seorang pengurus, sejarah serta falsafah permainan sesebuah kelab amat penting. Pemilihan seorang jurulatih pula menjadi amat penting supaya kelab meneruskan kesinambun­gan tanpa membazir masa serta wang.

Di Malaysia pula, amat mengecewak­an kerana tiada pasukan yang mempunyai falsafah permainan tetap serta tidak mempunyai kesabaran membina struktur yang kukuh.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia