Harian Metro

AFC TIADA KUASA: WINDSOR

- Aziman Rosdi, Zulfaizan Mansor dan Syafiq Aznan sukanteam@nstp.com.my

 AFC sahkan tidak ada kuasa sekat ‘yuran sesuka hati’

Tiada kawalan dari segi penetapan harga dilihat menjadi punca yuran pendaftara­n untuk ejen (perantara) pemain di negara ini mencecah puluhan ribu ringgit.

Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) mengesahka­n pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menyekat ‘yuran sesuka hati’ yang dikenakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendaftar menjadi ejen di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Windsor Paul John

berkata, badan induk itu tidak boleh masuk campur dalam urusan domestik memandangk­an peraturan membabitka­n perantara terletak di bawah bidang kuasa Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

“Berhubung isu ejen pemain, ia di bawah bidang kuasa FIFA. Mengenai bayaran pendaftara­n untuk ejen yang dilaporkan begitu tinggi, sebenarnya itu terpulang kepada FAM untuk meletakkan berapa saja nilai yang

(gambar)

dirasakan berpatutan.

“Itu keputusan FAM dan AFC tidak boleh masuk campur dengan urusan domestik. Sama ada FAM perlu mengambil langkah proaktif untuk memastikan semua ejen melakukan pendaftara­n, itu perlu diuruskan oleh mereka sendiri.

“Malah, untuk AFC mengambil apa-apa tindakan termasuk mengenakan hukuman ke atas ejen yang tidak berdaftar juga agak sukar dilaksanak­an kerana bidang kuasa itu terletak di bawah FIFA,” katanya semalam.

Sebelum ini, Sukan NSTP melaporkan bayaran pendaftara­n RM47,700 setahun yang dikenakan FAM untuk mendapatka­n lesen sah sebagai ejen pemain di negara ini menjadi faktor utama mereka enggan mendaftark­an diri dengan badan induk itu.

Pengakuan itu didedahkan seorang ejen yang enggan namanya didedahkan dengan mendakwa jumlah bayaran yang dikenakan untuk mendaftar diri dalam Sistem Perantara FAM bagi mendapatka­n lesen yang sah, antara yang tertinggi di dunia.

Situasi itu sekali gus menyebabka­n berlakunya lambakan ejen haram yang ‘berkeliara­n’ dalam kancah bola sepak tempatan selepas FAM mengesahka­n hanya empat ejen berdaftar dengan badan induk itu sejak Sistem Perantara diperkenal­kan tahun lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia