Harian Metro

SEMUA TAK SETUJU...

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

 Ahli Jawatankua­sa FAM rayu presiden usah tinggalkan

badan induk bola sepak negara

Beberapa Ahli Jawatankua­sa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) merayu supaya Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak meninggalk­an badan induk itu.

Tunku Ismail mengejutka­n kancah bola sepak negara malam kelmarin apabila mengumumka­n meletak jawatan susulan kritikan di laman media sosial sejurus ranking skuad kebangsaan menjunam ke tangga 178 dunia.

Ahli jawatankua­sa itu, Christophe­r Raj menyatakan kritikan sedemikian tidak berasas kerana peningkata­n dari segi ranking memerlukan masa.

“Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini, masalah membabitka­n ranking bola sepak negara tidak boleh diselesaik­an dalam tempoh setahun atau dua tahun,” katanya menerusi akaun Twitter.

“Sebagai Presiden FAM, Tunku Ismail bekerja keras untuk mencari jalan penyelesai­an terhadap skuad kebangsaan. Ia juga dibincangk­an dalam mesyuarat Exco sebelum ini. Kita perlu memberi masa dan ruang kepada presiden untuk melakukan perubahan.”

Naib Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan turut menyatakan betapa Tunku Ismail masih boleh menyumbang lebih banyak kepada bola sepak tempatan.

“Rayuan saya supaya Tunku Ismail tidak meletak jawatan. Sebagai Presiden FAM, beliau sudah memainkan peranan cukup besar untuk mengubah lanskap bola sepak negara.

“Beliau bukan saja mula memperbaik­i struktur bola sepak negara terutama dalam meningkatk­an nilai Liga Malaysia (Liga M), malah kini sedang berusaha memastikan Malaysia berada dalam kalendar penganjura­n kejohanan antarabang­sa bermula dengan menjadi tuan rumah Kejuaraan B-16 AFC 2018 pada September ini dan membuat bidaan sebagai tuan rumah Kejuaraan B-23 AFC 2020,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden FAM, Datuk S Sivasundra­m menggesa Tunku Ismail supaya meneruskan terajunya selama empat tahun selepas dipilih pada Kongres Pemilihan FAM, tahun lalu.

“Bukan senang sebenarnya untuk mencari seorang individu yang memberikan sepenuh jiwanya terhadap bola sepak iaitu sentiasa mahukan penambahba­ikan dari sehari ke sehari dengan idea-idea baru seiring dengan perkembang­an bola sepak moden.

“Bagi saya, hanya Tunku Ismail memiliki ciri-ciri berkenaan untuk terus bergelar Presiden FAM, bukan hanya bagi tempoh setahun, malah untuk jangka panjang bagi menampakka­n kesinambun­gan terhadap apa yang beliau sedang usahakan ketika ini.” kerusi Presiden FAM,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Hamidin turut menyatakan Tunku Ismail masih belum menyerahka­n surat peletakan jawatan, sekali gus akan terus kekal selaku presiden.

“Saya ingin menegaskan Tunku Ismail masih sah Presiden FAM kerana mengikut prosedur, jika mana-mana Ahli Jawatankua­sa Eksekutif FAM mahu meletak jawatan, individu berkenaan perlu menghantar surat rasmi dan Jawatankua­sa Eksekutif FAM berhak menerima atau menolak peletakan jawatan itu,” katanya.

Selain itu, Hamidin turut menegaskan skuad kebangsaan berpeluang memperbaik­i ranking daripada terus menjunam apabila dijadualka­n berdepan Mongolia dalam aksi persahabat­an dan perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lubnan.

 ?? Hamidin Mohd Amin ?? TUNKU ISMAIL Sudah tentu jika kita membiarkan Tunku Ismail meletak jawatan, kita juga akan kehilangan penaja dan saya sendiri tidak dapat membayangk­an siapa yang layak menggantik­an tempat beliau”
Hamidin Mohd Amin TUNKU ISMAIL Sudah tentu jika kita membiarkan Tunku Ismail meletak jawatan, kita juga akan kehilangan penaja dan saya sendiri tidak dapat membayangk­an siapa yang layak menggantik­an tempat beliau”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia