Harian Metro

SEGOVIA PEMUSNAH

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

 Red Giants benam TFC 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Dua gol penyerang import dari Sepanyol, Rufina Segovia membantu Selangor melangkah ke suku akhir Piala FA selepas menumbangk­an tuan rumah, Terengganu FC (TFC) 3-1 pada pusingan ketiga di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Segovia menyamakan kedudukan pada minit ke-27 dan menyumbat gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-69 selepas Red Giants bangkit daripada ketinggala­n untuk menafikan tuan rumah.

Red Giants yang tampil dengan corak permainan tersusun hampir mengejutka­n skuad Penyu pada minit ketiga namun kuisan Segovia dapat dibaca penjaga gol, Suffian Rahman.

Bagaikan terlena daripada tidur, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim bangkit mengatur gerakan bermula dengan dua percubaan melalui kapten, Tchetche Kipre pada minit kelapan dan ke-10 namun gagal diterjemah­kan dengan jaringan.

Usaha berterusan tuan rumah akhirnya membuahkan hasil apabila Kipre bijak melakukan larian pantas melalui serangan balas sebelum melorongka­n bola kepada Shahrul Aizad Zulkufli untuk jaringan pendahulua­n pada minit ke-23.

Tersentak dengan jaringan itu, pelawat yang tampil dengan aksi meyakinkan berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan mudah Segovia pada minit ke-27 hasil hantaran pemain import dari Indonesia, Ilham Udin Armaiyn.

Pelawat yang dibimbing penolong jurulatih, Nazli Azmi Nasir hampir menambah jaringan pada minit ke-30 dan 32 melalui Segovia tapi ketangkasa­n penjaga gol menggagalk­an percubaan itu.

Pemain import pelawat, Evan Dimas meletakkan pasukannya di depan apabila meledak jaringan kedua pada minit ke-60 untuk mendahului 2-1.

Selepas jaringan itu skuad Selangor semakin bernafsu dan berjaya menambah derita tuan rumah apabila memperoleh jaringan ketiga menerusi sepakan penalti Segovia pada minit ke-69 selepas Joseph Kalang Tie dijatuhkan oleh Fitri Omar. dan kami sedang berusaha keras untuk membuat persiapan terbaik menempuh ujian getir di sana,” katanya.

Kunjungan skuad Kedah ke Kuantan akan menjadi perlawanan pertama Pallares dalam saingan Piala FA, kerana terlepas beraksi sewaktu Kedah menentang Negeri Sembilan, baru-baru ini dan dia nekad memberi aksi terbaik.

“Saya jangkakan satu pertembung­an yang sengit kerana Kedah akan turun sebagai penyandang juara Piala FA bertemu Pahang yang juga naib juara, namun saya yakin kami akan memberi persembaha­n terbaik dan akan berjuang habis-habisan,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Terengganu FC, Tchetche Kipre (tengah) ketika membuat asakan ke gawang lawan menentang Selangor, malam tadi.
PEMAIN Terengganu FC, Tchetche Kipre (tengah) ketika membuat asakan ke gawang lawan menentang Selangor, malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia