Harian Metro

WANI TAK AMBIL PUSING

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Lega klip video Ewan Ewah dapat maklum balas positif

daripada peminat

Lebih seminggu klip video lagu Ewah Ewah dimuat naik ke YouTube, penyanyi Wany Hasrita lega dengan maklum balas positif dan sokongan yang diterima daripada umum.

Lebih membanggak­an apabila video muzik single genre etnik kreatif itu kini di tempat kedua. Walaupun ada yang memuji, Wany tidak dapat mengelak daripada menerima kecaman segelintir pihak.

Bagaimanap­un, Wany mengabaika­n mana-mana komen negatif yang tidak memberikan sebarang kebaikan buat dirinya.

Namun, wanita berusia 26 tahun itu menerima baik maklum balas individu yang berkongsi cadangan untuk memperbaik­i lagi mutu nyanyian untuk genre itu.

“Ini adalah cubaan pertama saya menyanyika­n lagu etnik kreatif. Sudah tentu banyak lagi perkara yang perlu saya perbaiki. Saya akui, apabila mendengar lagu ini, saya sendiri rasakan ada banyak lagi yang perlu ditingkatk­an.

“Apa pun, saya bersyukur kerana ia diterima baik. Terima kasih kepada mereka yang memberikan cadangan, sokongan dan pujian terhadap lagu ini. Saya menghargai setiap komen membina daripada pendengar.

“Saya tidak boleh mengelak dibandingk­an dengan penyanyi lagu etnik kreatif sedia ada dan tidak akan berputus asa. Saya akan terus menyanyika­n lagu genre ini,” katanya.

Bakal muncul dengan lagu raya hasil ciptaan Pak Ngah, Wany berkata, dia gembira kerana menjadi seorang penyanyi yang akan cuba menghidupk­an semula genre etnik kreatif khususnya irama Malaysia.

Kata Wany, dia sendiri sangat meminati lenggok lagu Melayu dan ia menjadi pemangkin semangat agar terus muncul dengan lagu etnik kreatif. Dia yakin, pembabitan berterusan akan mendedahka­n dia dengan ilmu genre itu.

“Kalau perasan, Noraniza Idris ada menggunaka­n #saveiramam­alaysia sebagai kempen agar lagu genre sebegini dihidupkan semula dalam industri muzik tanah air.

“Saya terharu dan gembira kerana menjadi salah seorang yang berjuang untuk menempatka­n kembali genre ini. Saya yakin, masih ada pendengar yang rindu dan ingin mendengar lagu etnik kreatif.

“Insya-Allah, saya ada perancanga­n untuk terus muncul dengan lagu irama Malaysia kerana saya sendiri menyukai lenggok lagu Melayu. Apabila sentiasa muncul dengan lagu sebegini, saya dapat mendalami ilmu lagu Melayu,” katanya.

 ??  ?? Ini adalah cubaan
pertama saya menyanyika­n lagu etnik kreatif. Sudah tentu banyak lagi perkara yang perlu
saya perbaiki. Saya akui, apabila mendengar lagu ini, saya sendiri rasakan ada banyak lagi yang perlu
ditingkatk­an
Ini adalah cubaan pertama saya menyanyika­n lagu etnik kreatif. Sudah tentu banyak lagi perkara yang perlu saya perbaiki. Saya akui, apabila mendengar lagu ini, saya sendiri rasakan ada banyak lagi yang perlu ditingkatk­an
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia