Harian Metro

Hantu Wangan cuba nasib

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

Sejak awal pembikinan, filem Hantu Wangan arahan Ahmad Idham Nadzri sudah mula dilanda kontrovers­i.

Bermula dengan judul yang didakwa hampir sama dengan filem KL Wangan dan terbaru mengenai jumlah panggung yang diperuntuk­kan oleh Skim Wajib Tayang (SWT) untuk filem ini.

Pun begitu, segala isu itu diketepika­n seketika bagi memberi laluan kepada filem bergenre komedi seram yang mula ditayangka­n 22 Mac ini.

“Genre seram komedi adalah ‘makanan’ saya sejak dulu. Daripada filem Hantu

Bonceng, Jangan

Pandang Belakang

Congkak dan

Hantu Nan Sempit, saya sudah ada pengikut.

“Mereka inilah yang sering berhubung dan bertanya bila mahu kembali dengan genre sebegini? Kalau tengok industri filem masa kini, sudah lama tiada genre seram komedi,” katanya.

Idham mengakui cuma mencuba nasib dan berharap filem ini berada pada masa, lokasi dan barisan pelakon yang tepat.

Pun begitu, Idham yakin dengan kebolehan Achey yang akan diterima ramai seperti pernah dia lakukan kepada Zizan Razak melalui filem Hantu Bonceng dan Shaheizy Sam dalam filem Adnan Sempit sedekad lalu.

Idham berkata, dia percaya mereka yang digilap ini adalah pelakon yang bagus dan disebabkan itulah dia cuba ‘menaikkan’ pelakon yang pertama kali berlakon dalam filem.

“Ketika sesi prebiu tertutup dulu ada banyak harapan. Saya tidak akan hasilkan cerita yang meletakkan pelakon komedi yang terlalu ‘loud’ pada komedi slapstik, sebaliknya saya pergi kepada karakter.

“Saya percaya karakter itu yang boleh keluarkan komedi. Jika pelakon komedi itu kuat, dia boleh angkat karakter ke tahap tersendiri,” katanya.

Pun begitu, pengarah ini akui satu cabaran untuk mengawal Achey kerana pelawak itu mempunyai pakej untuk watak komedi.

Cuma, dia akui peminat akan bertanya sama ada dia berjaya atau tidak mengemudi Achey agar kekal pada karakter dikehendak­i.

“Itulah tugas saya sebagai pengarah. Dia mungkin bukan Achey yang biasa dilihat ‘terjeritje­rit’ di pentas atau hanya pelakon biasa di dalam babak.

“Ada detik dia berjaya mengemudi watak dan segalanya akan terjawab apabila penonton menyaksika­n filem ini kelak,” kata Idham lagi.

Ahmad Idham masih mengharap tuah filem

seram komedi terbarunya

Dalam pada itu, Achey tidak sangka diberi kepercayaa­n daripada pengarah itu untuk menjadi ‘hero’ dalam Hantu Wangan.

Katanya, Ahmad Idham ialah pengarah yang sangat profesiona­l dan tahu babak yang dikehendak­i tanpa perlu membuang masa pelakon dan kru di set penggambar­an.

Disebabkan kepantasan dan keseriusan mengenal pasti shot dikehendak­i, segala urusan penggambar­an dapat dihabiskan sebelum tengah malam.

“Ini adalah pengalaman pertama watak utama solo dan baru saya tahu ia bukan mudah sebab semua babak perlu ada momentum yang kena dikekalkan.

“Saya kena bawa watak berani dan penakut, berani dengan kelajuan tetapi tibatiba jadi takut pada elemen itu disebabkan satu peristiwa. Jadi, ada banyak elemen di situ,” katanya.

Achey juga agak tercabar kerana tempoh

Genre seram komedi adalah ‘makanan’ saya sejak dulu. Daripada filem Hantu Bonceng, Jangan Pandang Belakang Congkak dan Hantu Nan Sempit, saya sudah ada pengikut

 ??  ?? ACHEY teraju utama Hantu Wangan.
AHMAD Idham bersama kru dan pelakon Hantu Wangan.
ACHEY teraju utama Hantu Wangan. AHMAD Idham bersama kru dan pelakon Hantu Wangan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia