Harian Metro

TAK SEMUA RELA BERMADU

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Perlu lihat dari sudut positif, fahami kedudukan

jika sudah suratan berkongsi kasih

Berkahwin lebih daripada satu adalah kehidupan yang menjadi impian kebanyakan lelaki, tetapi tidak bagi wanita terutama apabila tahu diri mereka telah dimadukan.

Dimadukan selalunya dianggap ‘hempedu’ oleh wanita dan tiada seorang pun daripada mereka mahu hidup berkongsi kasih.

Pun begitu, urusan jodoh sesuatu yang sukar diramal. Semuanya ketentuan Yang Maha Esa.

Apa yang pasti, setiap percaturan hidup sudah ditentukan. Mereka yang melalui situasi ini (dimadukan) cuba bersikap positif dengan memujuk hati, pasti akan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Cuma tentu kebanyakan daripada kita berfikir bagaimanak­ah urusan ‘poligami’ ini mampu menjadi indah bagi mereka

yang melaluinya?

SITI NORDIANA - PENYANYI/ PELAKON

“Memandangk­an sudah lama menjadi ibu tunggal, saya belum terfikir lagi untuk jodoh baru.

“Apapun, kalau boleh saya tidak mahulah memilih suami orang. Ini kerana saya pernah melaluinya dulu.

“Jadi, dengan

ASHRAF MUSLIM PELAKON

“Dalam melalui kehidupan poligami, suami sebagai ketua keluarga perlu bijak mendidik isteriiste­ri.

“Untuk saya, sebagai suami saya akan pastikan solat bersama isteriiste­ri termasuk pengalaman itu saya sangat berhati-hati dan tidak mahu melukakan wanita lain.

“Biarpun urusan kerja saya banyak babitkan kerjasama dengan suami orang, saya pastikan tahu jaga batasan.

“Bagi saya, semuanya terletak pada diri sendiri dan pada masa sama banyakkan doa kepada Allah SWT,” katanya. menghadiri kelas agama bersama-sama.

“Penting untuk suami membimbing semua isteri supaya reda, tenang dan jalani hidup bahagia.

“Selain itu, faktor komunikasi dengan semua isteri juga penting untuk merapatkan hubungan silaturahi­m yang dibina.

“Apa yang pasti, dalam al-Quran sudah diberikan pelbagai petunjuk oleh Allah

SWT untuk dijadikan panduan,” katanya.

ZARINA ZAINUDDIN - PELAKON

“Sebagai isteri kedua, saya sentiasa sedar kedudukan diri dan lebih selesa mengalah.

“Bagi saya, apabila sudah buat keputusan untuk berkongsi kasih dengan ‘suami orang’ kena tahu bawa diri.

“Pada mulanya memang sukar tetapi lama-kelamaan apabila ikhlaskan hati pasti bahagia itu dimiliki.

“Syukur, setakat ini sudah 25 tahun hubungan saya dengan madu (isteri pertama) memang baik-baik saja.

“Malah, kami tinggal berjiran. Rumah sebelah-menyebelah, jadi mudah untuk kami saling membantu antara satu sama lain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia