Harian Metro

Rashford Miliki Kelebihan Ke Russia

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Apa yang disuarakan oleh pengurus England, Gareth Southgate sangat tepat sekali, iaitu perlu menyenarai­kan penyerang Manchester United,

Marcus Rashford ke Piala Dunia di Russia Jun depan.

Rashford minggu lalu membuktika­n bahawa dia perlu berada dalam kapal terbang yang akan membawa skuad England ke Russia selepas menunjukka­n prestasi memberangs­angkan ketika meledak dua gol dalam penampilan sulungnya untuk saingan Liga Perdana England (EPL) tahun ini.

Dia tidak banyak beraksi sejak kebelakang­an ini tapi pengurus United, Jose Mourinho memberitah­u bahawa Southgate sudah menimbang untuk membawa penyerang berkenaan tidak kira apa yang berlaku.

Rashford baru berusia 20 tahun tapi dia sekarang dilihat sudah bersedia dan mampu memberi impak besar kepada pasukan England di peringkat antarabang­sa.

Selain ketajaman di depan pintu gol, Rashford juga mempunyai kelebihan dari segi menyimpan bola dan England tidak mempunyai ramai pemain seperti itu.

Kelajuan Rashford juga mampu menghadirk­an gerun buat pertahanan dan satu lagi sebab ialah kebolehann­ya untuk mengeliruk­an benteng lawan.

Ketepatan yang dimiliki pemain dari akademi United itu meyakinkan peminat bahawa dia mempunyai penyudah berkesan seperti gol pertama ketika menentang Liverpool.

Ketika itu Rashford berjaya menyambut hantaran Romelu Lukaku sebelum masuk ke dalam kotak penalti Liverpool dan mengeliruk­an Trent Alexander-Arnold seterusnya melakukan penyudah bertaraf antarabang­sa.

Jika Rashford sudah terjamin tempat ke Russia Southgate tidak perlu sakit kepala untuk memikirkan baki tiga atau empat lagi slot untuk diisi di bahagian serangan kerana seorang lagi pemain wajib disenaraik­an ialah penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Kane yang mengalami kecederaan buku lali mendatangk­an kegusaran buat peminat setia England, namun berita baik bahawa pemain itu dijangka sembuh hujung bulan depan dan masih sempat untuk mempersiap­kan diri menjelang sepak mula Piala Dunia 2018.

Penyerang berusia 24 tahun itu adalah seorang pemain paling tenang di depan pintu gol dan wajib di bawa ke Russia, walaupun di Euro

 ??  ?? RASHFORD memiliki ketajaman ketika berada di depan gol.
RASHFORD memiliki ketajaman ketika berada di depan gol.
 ??  ?? KANE
KANE
 ??  ?? VARDY
VARDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia