Harian Metro

KAMARUL NIKMATI PERSARAAN

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Ketika rakan sezaman dengannya seperti Mat

Zan Mat Aris, Razip Ismail, Zainal Abidin Hassan,

Dollah Salleh dan ramai lagi beralih ke bidang kejurulati­han selepas bersara sebagai pemain, Kamarul Zaman Yusoff lebih selesa melakukan kerja di belakang tabir persatuan yang membela kebajikan atlet.

Sejak lapan tahun lalu, iaitu sebaik bersara sebagai kakitangan sebuah institusi perbankan pada 2010, Kamarul memegang amanah sebagai Eksekutif Kanan Kewangan di Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).

Selain itu, beliau adalah Naib Presiden Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Negeri dan Kebangsaan yang dipimpin oleh Datuk Soh Chin Aun dan Bendahari Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Dewan Bandaraya (DBKL) dan Kuala Lumpur.

Bagi Kamarulzam­an, pembabitan dengan pelbagai persatuan memberi kepuasan tersendiri apabila dapat meneruskan hubungan dengan rakan atlet malah dapat membantu mereka yang sedang berada dalam kesusahan.

“Selepas bersara daripada bola sepak pada 1994, saya lebih memberi tumpuan kepada pekerjaan di sebuah bank kerana itulah sumber periuk nasi saya ketika itu. Kesibukan itu menyebabka­n saya tidak mempunyai masa untuk mengambil lesen kejurulati­han.

“Malah, saya sendiri memang tidak berminat untuk menjadi jurulatih. Saya mahu bersara dalam erti kata sebenar kerana selama kira-kira 20 tahun membabitka­n diri dengan bola sepak, saya berasa sangat letih.

“Jadi, apabila bersara, saya mahu berehat serta menghabisk­an lebih banyak masa bersama keluarga memandangk­an anak-anak semakin membesar.

“Lagipun jika saya menjadi jurulatih, saya akan meletakkan diri sentiasa dalam tekanan. Pada saya cukuplah saya melalui tekanan sebagai pemain, bila sudah bersara saya mahu sebuah kehidupan yang tenang,” ujar bekas pemain pertahanan Kuala Lumpur, Selangor, ATM dan PDRM itu.

Beliau juga turut menyarung jersi negara pada pelbagai kejohanan antarabang­sa seperti Sukan Asia, Seoul (1986), pra-Piala Dunia (1986), Pra-Olimpik (1984, 1988), Pra-Piala Asia (1984, 1988) dan Pestabola Merdeka (1983, 1984, 1985).

Begitu pun menurut Kamarul, bagi mengelak kebosanan selepas bersara, beliau berusaha melakukan sesuatu untuk mengisi masa lapang.

Justeru, apabila YAKEB menawarkan tugas mengurus kewangan yayasan itu, beliau tidak berfikir panjang untuk menerimany­a.

Jadi, rutin hariannya tidak berubah berbanding ketika masih bekerja dahulu kerana beliau tetap perlu bertugas lapan jam sehari bermula pukul 9 pagi.

“Tugas ini bukan asing kepada saya kerana berpengala­man bekerja di bank. Lagipun, saya suka membabitka­n dengan YAKEB kerana dengan cara ini saya masih dapat berhubung dengan rakan atlet walaupun masingmasi­ng sudah bersara.

“Malah, ia memberi kepuasan tersendiri apabila saya bersama pegawai YAKEB yang lain dapat membantu bekas atlet yang sedang dalam kesusahan terutama yang menghadapi masalah kesihatan.

“Selain menghulur bantuan kewangan, siri ziarah ke atas atlet yang kurang sihat ini sedikit sebanyak memberikan mereka kegembiraa­n dan pada waktu sama mengeratka­n hubungan sesama kami.

“Pembabitan saya dengan YAKEB membolehka­n saya mengenali lebih ramai jaguh sukan yang tidak sezaman dengan saya seperti Datuk Namat Abdullah, Datuk Shukor Salleh (bola sepak), Adnan Saidin (takraw), Datuk Ng Joo Ngan (lumba basikal) dan ramai lagi.

“Ini juga memberi satu bentuk kepuasan kerana saya dapat mendekati serta berkongsi pengalaman bersama mereka,” ujar Kamarul.

Menyorot kehidupan peribadiny­a, Kamarul,

58, berkata, sejak bersara sebagai pemain bola sepak, beliau menikmati lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga yang mana mereka kerap bercuti baik di dalam mahupun luar negara.

Hasil perkahwina­n dengan Noorlaily Mohammed, 49, mereka dikurniaka­n enam anak- Nazirul Ashraf, 29, Nursyahira­h Nabila, 27, Nursyafiqa­h Nadhirah, 26, Imran Syafiq, 23, Alif Haikal, 19 dan Nurhanani Yasmin,

16.

“Nazirul dan Nursyahira­h sudah berkahwin namun belum ada rezeki saya untuk bergelar datuk,” ujar Kamarul.

Walaupun tidak ada seorang pun anaknya mengikut jejak menjadi pemain bola sepak namun Kamarul tidak berasa terkilan kerana beliau lebih suka memberi kebebasan kepada mereka untuk membuat pilihan hidup masing-masing.

 ??  ?? KAMARUL kini mencurahka­n khidmat di YAKEB.
KAMARUL kini mencurahka­n khidmat di YAKEB.
 ??  ?? KAMARUL mengisi masa persaraan bersama keluarga.
KAMARUL mengisi masa persaraan bersama keluarga.
 ??  ?? MEWAKILI YAKEB menziarah Namat Abdullah.
MEWAKILI YAKEB menziarah Namat Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia