Harian Metro

RAIMI BAGAI

-

Kira-kira sebulan lalu, Spy Bola ada menulis mengenai bekas penjaga gol kebangsaan dan Terengganu, Raimi Jamil yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana perlu menjalani pembedahan pintasan jantung.

Dalam tulisan itu, Spy Bola menyebut kos pembedahan itu dianggarka­n dianggar RM40,000 dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) berjanji akan membiayai sebanyak RM20,000.

Spy Bola berharap selepas tersiar tulisan itu, beberapa pihak sama ada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) atau Majlis Sukan Negeri (MSNT) mahupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil menghulurk­an bantuan untuk meringanka­n beban bekas pemain itu.

Tapi, sehingga Raimi menjalani pembedahan pada Selasa lalu, tiada mana-mana pihak pun yang ‘sudi’ menghulurk­an bantuan malah lebih menyedihka­n (sehingga Rabu lalu) tiada seorang pun pegawai daripada PBSNT, MSNT atau FAM yang datang menjenguk.

Keadaan itu benarbenar melukakan hati isterinya, Rinawati Halan yang menganggap Raimi kini seolah- olah pemain terbuang selepas khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Malah, menurut Rinawati, Raimi sendiri pernah meluahkan kekecewaan­nya terutama dengan sikap PBSNT yang seolah-olah telah melupakan jasanya mewakili pasukan negeri itu selama 16 tahun.

“Dek kerana terlalu kecewa, Raimi pernah berpesan kepada saya, jika terjadi apa-apa ke atas dirinya, jangan sesekali meminta belas ihsan mereka (PBSNT),” ujar Rinawati.

“Memang kami tidak pernah memohon bantuan secara rasmi baik kepada PBSNT atau kerajaan negeri mahupun FAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia