Harian Metro

DAH TAK LAKU, LETAK HARGA TINGGI

-

Ini pula kisah seorang bekas pemain bola sepak yang pernah menjadi jurulatih sebuah pasukan Liga Super. Sejak dua musim lalu dia menganggur selepas digugurkan oleh pasukan itu kerana prestasi hambar.

Keadaan ini menyebabka­n kehidupann­ya agak sukar kerana tidak mempunyai sumber kewangan. Lebih menyukarka­n, dia pula jenis yang suka ‘meletakkan harga’ bila ada pihak memanggiln­ya untuk bermain dalam perlawanan pertunjuka­n atau mengendali­kan klinik bola sepak untuk kanak-kanak.

Lama-kelamaan dek kerana sikap ‘demand’ itu, rakan-rakan sendiri tidak berani untuk mencadangk­an namanya. Kini, lebih memburukka­n keadaan, dia mula diserang dengan pelbagai penyakit sehingga badannya yang dulu ‘sado’ mula susut.

Perihal lagak bekas pemain ini diceritaka­n kepada Spy Bola oleh seorang lagi bekas pemain yang juga rakan akrabnya semasa sama-sama bermain untuk satu pasukan dulu.

“Awak sudahlah tidak sehebat dulu tapi letak harga seolah-olah awak masih seorang ‘star’. Patut dia cermin dirinya dulu sebelum bersikap begitu. Dalam keadaan sekarang status tolak tepi, yang penting ada duit masuk,” luah bekas pemain itu.

Spy Bola hanya mampu tersengih. Terfikir ada benarnya kata-kata bekas pemain itu. Dulu, si polan itu memang seorang pemain yang hebat sehingga mewakili negara.

Malah, kehidupann­ya di luar padang juga tidak kurang gegar gempita seolah-olah seorang selebriti popular. Tapi, begitu putaran hidup, ia ibarat roda, ada kala di atas, pada lain ketika di bawah pula sebab ‘langit tidak selalu cerah’.

Spy Bola: Sedar diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia