Harian Metro

KHAI ‘GEGAR’ BANDUNG

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Temui peminat dari seberang dalam konsert mini Mei ini

Selepas menangguhk­an persembaha­n yang dijadualka­n berlangsun­g di Hong Kong penghujung tahun lalu berikutan taufan yang melanda negara itu, kini penyanyi Khai Bahar bakal mengadakan persembaha­n mini di Bandung, Indonesia, Mei depan.

Ia sekali gus mengubati kekecewaan peminat dan memberi peluang kepada dirinya melebarkan sayap di luar negara.

Kata pemilik nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin itu, dia bersyukur dan teruja kerana diberi kesempatan untuk bertentang mata dengan peminat di Indonesia.

“Insya-Allah, saya akan mengadakan persembaha­n mini di hadapan kira-kira 2,000 peminat di Bandung pada Mei depan.

“Selain persembaha­n mini, peminat juga berpeluang melancong bersama saya nanti. Bagaimanap­un, persembaha­n di Hong

Kong akan berlangsun­g juga cuma tarikhnya tidak dapat dipastikan lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikan­nya sebagai duta produk kecantikan di Putrajaya, baru-baru ini.

Tambah Khai, pemilihan Bandung sebagai lokasi persambaha­n mini diputuskan pengurusan­nya.

Malah penyanyi yang berasal dari Perlis itu juga tidak menolak akan membuat siri jelajah di seluruh negara pada masa depan.

“Ini adalah perancanga­n syarikat rakaman dan saya hanya ikut saja apa yang diatur untuk saya.

“Buat masa ini saya akan menjayakan persembaha­n mini berbanding konsert kerana ia lebih santai untuk beramah mesra dengan peminat,” katanya.

Selepas tampil dengan single hits Bayang dan Luluh yang berjaya menempatka­n namanya dalam industri seni, Khai kini mempertaru­hkan single duet bersama penyanyi Fatin Husna berjudul Rahsia Kita yang akan dilancarka­n pada 23 Mac depan.

“Saya tak sangka single ini mendapat sambutan menggalakk­an daripada peminat meskipun keseluruha­n lagu ini belum dimuat naik di YouTube.

“Saya berharap single ini dapat memberi nafas baru dalam industri seni dan berharap peminat dapat menerimany­a,”katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai gosip dirinya dengan penyanyi Wany Hasrita dan terbaru penyanyi lagu Bunga, Ara Johari, Khai menganggap itu semua usikan manja peminat.

“Saya tidak kisah digosipkan dengan manamana rakan artis selagi ia tidak berlebihan. Asalkan peminat gembira biarlah tetapi tidak sangka pula ada yang membuka laman sosial Instagram khas untuk kami berdua.

“Malah setiap gambar dan aktiviti kami berdua juga dikongsi dalam Instagram itu,” katanya.

 ??  ?? Buat masa ini saya akan menjayakan persembaha­n mini berbanding konsert kerana ia lebih santai untuk beramah mesra dengan peminat
Buat masa ini saya akan menjayakan persembaha­n mini berbanding konsert kerana ia lebih santai untuk beramah mesra dengan peminat
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia