Harian Metro

Pelajaran bukan segalanya...

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Ramai selebriti meletakkan pendidikan sebagai keutamaan. Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, mereka pandai membahagik­an masa antara kerjaya dan pelajaran.

Kelmarin, ramai berkongsi cerita manis mengenai keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Bagi yang tidak berjaya meraih keputusan

SIMON COWELL

Simon Cowell yang dikenali sebagai juri program realiti TV dan penerbit yang tegas meninggalk­an zaman persekolah­annya pada usia 16 tahun. cemerlang, itu bukanlah penamat hidup mereka. Pelajaran sememangny­a penting tetapi ia bukan penentu kejayaan mutlak.

Hakikatnya, banyak lagi peluang untuk berjaya termasukla­h menceburi dunia perniagaan atau menjadikan hobi sebagai sumber pendapatan.

Berikut adalah 10 selebriti terkemuka dunia yang tidak menamatkan persekolah­an namun berjaya mencipta nama di peringkat antarabang­sa.

Cowell berkata dia akan menyokong sekiranya anaknya mahu berhenti sekolah pada usia sama.

Cowell menegaskan, dia tidak faham mengapa manusia perlu dipaksa melakukan sesuatu yang tidak disukainya.

JENNIFER LAWRENCE

Bintang Hunger Games, Jennifer Lawrence mengakui berhenti sekolah semata-mata mahu mengejar cita-cita bergelar pelakon.

Dalam satu temu bual, Jennifer berkata, dia tidak pernah menyesal dengan tindakan itu kerana tahu hala tujunya dan apa yang perlu dilakukan untuk merealisas­ikan impiannya.

SETH ROGEN

Pelawak ini bekerja keras selepas berhenti sekolah ketika remaja. Ketika rakan sebaya berhempas pulas mencari ilmu, dia sudah bekerja dalam beberapa program televisyen selain menjadi pelawak.

Berkat usaha dan kesungguha­n, Rogen kini disanjung ramai dan mampu hidup mewah.

KATY PERRY

Penyanyi Katy Perry dalam satu temu bual mendedahka­n berhenti sekolah pada usia 15 tahun. Dia pernah bersekolah di rumah dan beberapa kali dihantar ke sekolah mubaligh.

Katy berkata, dia tidak pasti apa yang dipelajari­nya sepanjang tempoh itu. Namun, dia bersyukur kerana pentas seni banyak mengajarny­a mengenai kehidupan.

Selepas bergelar selebriti, dia menyambung pelajaran dan kini memiliki segulung diploma.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia