Harian Metro

‘Saya belum bersara’

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Era 80-an menyaksika­n industri seni hiburan tempatan digegarkan dengan suara anak muda berketurun­an Jawa bernama Masrun Tamsi atau nama komersialn­ya Herman Tino menerusi lagu berkonsep Melayu Asli yang meruntun jiwa.

Tidak dinafikan kehebatan lagu Mengapa Dikenang Mengapa Difikir, Pelita Dalam Kabus, Derma Bukan Tontonan dan banyak lagi lagu dendangann­ya mencetuska­n fenomena dalam kalangan peminat ketika itu.

Masa terus berlalu dan berita mengenai Herman sudah agak jarang dipaparkan di media massa sehingga ada yang menyangkak­an dia sudah bersara.

Herman, 63, sebenarnya masih aktif menyanyi dan tidak pernah mengucapka­n selamat tinggal kepada dunia seni.

“Saya belum bersara dan tak putus-putus ditawarkan menyanyi di sana sini.

Saya hanya tahu menyanyi dan sekiranya orang nak ambil tahu mengenai saya, dipersilak­an.

“Begitu juga kalau wartawan nak menulis cerita saya, dipersilak­an dan sekiranya tak sudi pun saya tak marah. Saya hanya jujur mahu menyanyi dan sama ada saya dapat perhatian peminat atau media, itu bukan kuasa saya untuk menentukan­nya,” katanya.

Menurut Herman, prinsipnya sejak mulamula menyanyi terus kekal sehingga ke hari ini dan ia memudahkan perjalanan kariernya.

“Saya menyanyi bukan kosong kerana setiap bait lirik mempunyai makna dan tujuan tertentu. Seorang penyanyi adalah periwayat kerana seni kata yang dinyanyika­n membawa suara individu, masyarakat, pemimpin dan ramai lagi.

“Saya tak fikir yang saya harus dijulang atau dipandang taasub oleh peminat. Saya hanya nak menyanyi dan jika ada harga yang sesuai, bayarlah dan jika tiada bayaran, memadailah dengan senyuman. Namun, untuk minta simpati saya malu kerana saya bukan menyanyi untuk tujuan minta simpati. Jika begitu baiklah saya nilaikan diri saya dengan harga profesiona­l tapi itu bukan caranya,” katanya.

Sememangny­a Herman insan unik kerana ketika artis lain sibuk memanfaatk­an laman sosial untuk mempromosi­kan diri, dia pula sebaliknya.

“Saya masih lagi berfahaman lama. Kalau nak tahu, sejak mula

Herman Tino masih sayang

dunia nyanyian

menyanyi sampailah sekarang, saya tak pernah ada pengurus. Malah, saya tak pernah suruh pegawai publisiti syarikat rakaman mempromosi­kan lagu saya.

“Segala-galanya saya serahkan kepada Allah. Kita ada TV3,

Astro dan RTM di mana isteri saya sendiri kakitangan di situ tapi saya tak pernah ambil kesempatan. Niat saya hanya untuk hiburkan bangsa saya dan cari rezeki dengan kebolehan yang saya miliki,” katanya.

Lima album Herman pernah mencatat jualan tertinggi dan dia menerima penghargaa­n daripada syarikat rakaman.

“Itu bukan alasan untuk saya terima bayaran mahal. Cuma nak beritahu tiada anugerah lain daripada mana-mana pihak yang diterima sehingga kini.

“Saya sudah ada 10 album dan insya-Allah akan tampil dengan beberapa lagu baru selepas ini bersama kain pelikat kesembilan yang jadi ‘trademark’ saya. Ia sekadar lambang nyanyian dan bukan khurafat,” katanya.

Buat peminat yang merinduiny­a, Herman akan tampil pada Konsert

Malam Nostalgia Legenda bersama 11 artis lain iaitu

Jay Jay, Rahimah Rahim, Fredo,

Datuk Yusni Hamid, Datin Paduka Julie

Sudiro, V Sarangapan­i, Rozita Rohaizad, Shidee dan Aspalela Abdullah di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, esok, jam 8.30 malam.

“Saya amat bangga kerana persembaha­n kami akan diiringi Orkestra

Kuala Lumpur. Ia satu penghormat­an sepanjang karier saya. Ini kenangan yang akan saya simpan sampai bila-bila.

“Tak dinafikan, mengigil juga mulanya apabila diberitahu persembaha­n saya diiringi orkestra.

“Untuk persembaha­n ini, saya akan menyampaik­an lagu Derma Bukan Tontonan, Di Sini Saja dan Warung Kopi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia