Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3, 12.02 tengah hari CEREKAPILI­HAN: P.I TV 3, 2 petang PANGGUNG SABTU: YEH JAWAANI HAI DEE WANI TV 3, 9.02 malam CEREKARAMA: TULUS CINTA TV 3, 12.30 tengah malam TV3 CINEMA: THE TERMINAL

Sam penyiasat persendiri­an yang bijak.

Dia sangat cekap dalam menyelesai­kan kes yang diberikan kepadanya dan sering membantu pihak polis.

Dia rapat dengan Inspektor Azlan kerana sering bekerjasam­a menyelesai­kan masalah jenayah bersama-sama. Inspektor Azlan sering menasihati Sam agar jangan melakukan siasatan secara bersendiri­an.

Suatu hari, dia dapat tawaran untuk menyiasat satu kes besar iaitu kehilangan anak Datuk Ruzaini bernama Nana. Siasatan pusingan pertama selesai apabila Nana disahkan diculik oleh ibunya sendiri, Datin Mariam.

Bagaimanap­un, kematian Datuk Ruzaini dan Datin Mariam membongkar muslihat Razman yang ingin menjadi pewaris harta. Kes itu tidak semudah yang disangka kerana membabitka­n banyak pihak.

Pelakon: Beto Kusyairy, Anas Ridzuan, Josiah Hogan, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Aisya Hasnaa, Fazleena Hishamudin, Tuan Faisal, Liza Abdullah & Alvin Wong Nana Talwar mengikuti pengajian dalam bidang perubatan. Meskipun pemalu, Nana sentiasa mendahului pelajar lain dalam pelajaran. Dia diiktiraf kolej sebagai pelajar cemerlang. Bagaimanap­un, situasi itu menyebabka­n dia dipinggirk­an oleh rakan sekelas. Selepas bertemu Aditi Mehra, dia mula mengerti makna kehidupan.

Pelakon: Ranbir Kapoor, Deepika Padukone & Aditya Roy Kapur Maira mula menyendiri apabila mengetahui dia menghidap leukemia. Dia bertemu Azim dan mula berkawan baik. Keadaan Maira semakin lemah dan dirawat di hospital. Azim sentiasa menemani Maira sehinggala­h dia mengetahui penyakit dihidapi wanita itu. Teman wanita Azim iaitu Hana curiga dengan tingkah laku Azim. Dia tahu Azim semakin rapat dengan Maira. Hana kemudian menuntut haknya sebagai kekasih Azim. Maira yang tahu hal itu mula memberonta­k kerana rasa ditipu.

Pelakon: Amar Asyraf, Siti Elizad, Puteri Aisyah, Aman Graseka & Fazlina Ahmad Daud Victor Novarski tiba di Lapangan Terbang JFK. Disebabkan kerajaan negaranya mengamalka­n rasuah, dokumennya tidak diterima. Dia terpaksa tinggal di lapangan terbang sehingga perang reda. Lapangan terbang menjadi rumahnya sehingga dia berkawan dengan pekerja di situ.

Pelakon: Tom Hanks, Stanley Tucci, Catherine Zeta-Jones, Chi McBride & Diego Luna

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia