Harian Metro

Kembali bersatu

-

pernah lengkap dan kali terakhir mereka semua berkumpul lima tahun lalu.

“Daripada apa yang saya ingat, kami berkumpul di sebuah restoran Cina untuk makan mi kacang hitam sebelum saya memasuki kem tentera pada 2012.

“Ia pasti pelik apabila 11 anggota Super Junior dapat kembali berkumpul semula. Saya tiba-tiba sebak apabila mengimbau kembali kenangan ketika kami semua bersama.

“Saya pastinya sangat gembira jika saat indah itu berulang kembali,” katanya.

Leeteuk akur dengan permintaan peminat yang nampaknya semakin tidak sabar melihat mereka bergabung semula.

Apabila ditanya mengenai perkara itu, dia berkata, impian itu barang kali bakal tercapai pada tahun depan.

“Kekuatan sebenar kami adalah memiliki anggota yang ramai. Namun, agak menyedihka­n apabila hanya enam anggota yang terbabit dalam aktiviti promosi ketika ini.

“Saya menjangkak­an kami hanya dapat berkongsi pentas semula apabila khidmat tentera Kyuhyun tamat pada Mei 2019,” katanya.

Leeteuk juga tidak menafikan dia sangat rindukan saat di mana Super Junior masih ada 13 anggota sebelum Han Geng dan Kibum mengundur diri.

Malah, dia masih menyimpan gambar mereka semua di rumahnya. Baginya, ia cukup indah untuk dikenang.

“Saya sengaja menyimpan gambar kami di depan TV di rumah. Baru-baru ini, sewaktu saya menonton episod reunion H.O.T dalam program Infinite Challenge, gambar itu lebih menangkap perhatian saya.

“Lantas, saya terbayang suatu hari nanti pasti kami akan bergabung semula di atas pentas. Kami semua cuma sempat bersama sehingga Sorry Sorry dilancarka­n pada 2009,” katanya.

Super Junior dianggotai 11 anggota iaitu Leeteuk, Kim Heechul, Yesung, Kangin, Ryeowook, Kyuhyun,

Choi Siwon, Eunhyuk, Donghae, Shindong dan Sungmin. Bagaimanap­un, buat masa ini mereka hanya dipromosik­an sebagai kumpulan dengan enam anggota.

Super Junior kini dalam persiapan untuk membuat ‘comeback’ bulan depan. Pada November tahun lalu, mereka tampil dengan album baru berjudul Play.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia