Harian Metro

Kesenian rakyat ilham dekorasi

-

“Apabila berpindah ke rumah sendiri dan tercaricar­i idea hiasan dalaman sesuai, saya tertarik dengan konsep ala Inggeris menerusi rujukan pelbagai sumber sekitar 2007.

“Saya terpanggil untuk mengikuti kelas asas kesenian rakyat dalam tahun yang sama, sekali gus menghasilk­an hiasan peribadi.

“Seni lukisan bukanlah sesuatu yang asing buat saya kerana sejak di bangku sekolah saya aktif melukis, tapi kesenian rakyat adalah satu ilmu baru yang menarik.

“Apatah lagi seni ini memerlukan banyak peralatan antaranya, cat akrilik, varnis, medium untuk dilukis dan pelbagai jenis berus seperti berus leper, bulat, sudut dan liner.

“Setiap berus mempunyai fungsi tersendiri. Selain bergantung kepada kemahiran mengadunka­n warna bagi menghasilk­an lukisan terutama bunga nampak ‘hidup’ dan tiga dimensi, penggunaan berus yang tepat juga penting,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Siti Aizzah berkata, dia menggunaka­n cat akrilik Jo Sonja’s Artists Colours bersama lima warna penting iaitu putih, hitam, hijau, kuning dan merah.

“Bagi medium lukisan pula, saya bukan saja menggunaka­n papan gentian ketumpatan sederhana (MDF), bahkan mempelbaga­ikannya termasuk barang kitar semula seperti kipas, seterika lama, bilah kipas siling, peti kayu, pintu lama, botol dan sebagainya,” katanya.

Ini terbukti apabila menyaksika­n sendiri aksesori hiasan dalaman dan luaran kediaman wanita ini dipenuhi karya kesenian rakyat yang menggunaka­n barang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia