Harian Metro

Istana unik eropah

- Susunan Aniza Zainudin anizazainu­din@ hmetro.com.my

Seni bina lambang kekuasaan sesebuah empayar pemerintah­an

Kemegahan era pemerintah­an keluarga diraja sering diukur melalui seni bina unik istana yang menjadi tempat bersemayam.

Reka bentuk dan seni bina yang dipengaruh­i faktor budaya, agama dan pengaruh luar antara elemen penting turut disuntik bagi mengenang kekuasaan sesebuah empayar pemerintah­an.

Seperti dunia sedia maklum, empayar pemerintah di benua Eropah memiliki tarikan istimewa dalam seni bina struktur kerajaan.

Berikut, lima istana empayar Eropah popular di dunia.

Istana Drakula ini adalah monumen kebangsaan dan mercu tanda di Romania.

Terletak di sempadan Translyvan­ia dan Wallachia, binaan ini dijadikan kediaman diraja sejak 1920 hingga 1957, juga menjadi bukti penghargaa­n marga Brasov kepada Ratu Marie.

Kini, Istana Bran dijadikan muzium yang mempamerka­n koleksi seni, senjata, perisai dan perabot dari abad ke-14 hingga ke-19 kepunyaan Ratu Marie.

Istana Chambord antara lambang kemegahan seni bina era Renaissanc­e Perancis yang dibina Raja Francis I pada 1519.

Seni bina terbesar di lembah Loire Perancis ini memiliki 440 bilik dan hanya 100 saja dibuka kepada umum.

Reka bentuk menara Istana Chambord adalah rekaan tipikal kontempora­ri Perancis kerana pembinaan menara yang terhad.

Rekaan istana ini menjadi ilham kepada Willian Henry Crossland untuk menghasilk­an reka bentuk bangunan Royal Holloway, University of London. kecil di Moszna, barat daya Poland.

Istana gergasi dengan keluasan 7,000 meter persegi dan 65,000 meter persegi ini memiliki 365 bilik dan 99 menara. Castle’ kerana dijadikan kediaman diraja termasuk enam permaisuri pada zaman pertengaha­n.

Keunikan istana romantis ini terletak di atas dua pulau di sebuah tasik yang terbentuk hasil aliran Sungai Len.

Memiliki taman ala Inggeris dengan keluasan 500 ekar, istana ini hanya dibuka kepada pelawat pada 1974. Kini, istana ini menjadi tuan rumah acara budaya sepanjang tahun.

 ??  ?? ISTANA Neuchwanst­ein menjadi inspirasi pembinaan istana Sleeping Beauty.
ISTANA Neuchwanst­ein menjadi inspirasi pembinaan istana Sleeping Beauty.
 ??  ?? ISTANA Leeds terletak di atas dua pulau di tengah tasik.
ISTANA Leeds terletak di atas dua pulau di tengah tasik.
 ??  ?? ISTANA Bran turut dikenali dengan jolokan istana Drakula.
ISTANA Bran turut dikenali dengan jolokan istana Drakula.
 ?? GAMBAR: ?? ISTANA Chambord memiliki 440 bilik.
GAMBAR: ISTANA Chambord memiliki 440 bilik.
 ??  ?? ISTANA Moszna dipengaruh­i seni bina gothik dan ‘baroque’.
ISTANA Moszna dipengaruh­i seni bina gothik dan ‘baroque’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia