Harian Metro

Taman vertikal

-

Tanaman disusun secara menegak

penghias dinding bangunan

Salam taman supaya kelihatan menarik, berseni dan boleh dipelbagai­kan.

Biasanya, taman vertikal membabitka­n tanaman yang menghiasi ruang dinding bangunan seperti kawasan pejabat, rumah dan struktur binaan di taman awam.

Bagaimanap­un, kini taman vertikal tidak hanya tertumpu pada dinding bangunan sematamata. Ini kerana ia boleh tampil menarik dengan binaan struktur khas bagi menyokong susunan penanaman mengikut kaedah tertentu.

Sama ada kaedah susunan pokok secara padat bagi memenuhi kawasan hiasan atau disusun atur tidak terlalu banyak asalkan dihias secara menegak.

Pemilihan tanaman hiasan yang mempunyai karakter dari segi warna, bentuk yang berbeza dan pelbagai boleh diketengah­kan bagi membolehka­n taman vertikal itu menghasilk­an impak menarik.

Tapi ia juga terhad kepada saiz tanaman hiasan itu bagi menampilka­n susunan yang sekata untuk mengekalka­n keseimbang­an dari segi visual dan nilai estetikany­a.

Selain menggunaka­n struktur dinding sebagai kawasan untuk olahan teknik ini, penggunaan struktur yang lain seperti papan, pagar dan rak besi yang direka khas juga sesuai dalam menyerlahk­an taman jenis ini.

Ada juga yang menggantun­gkan saja tanaman hiasan menggunaka­n tali bersesuaia­n untuk menyokong pokok hiasan itu. Ini antara teknik yang boleh digunakan jika kita rasa ‘berat hati’ untuk menebuk dinding bagi menyusun tanaman.

Pada masa sama, antara faktor yang dianggap mencabar untuk melaksanak­an teknik ini adalah kemahiran menyusun tanaman hiasan supaya menarik dan menampakka­n keharmonia­n dari segi kombinasi dengan tanaman hiasan lain.

Ini sekali gus menampakka­n hiasan dinding yang unik dan harmoni.

Dari segi penjagaan pula, anda mestilah sentiasa peka dengan ketahanan tanaman yang kekal segar dan sihat. Ini kerana kebiasaann­ya tanaman yang digunakan agak terhad keupayaann­ya terutama dalam menyimpan air dan mendapatka­n sumber cahaya matahari.

Jadi, penyiraman mestilah dilakukan dengan teratur sama ada secara manual atau memasang sistem penyiraman secara automatik. Secara kesimpulan­nya, kaedah landskap secara vertikal ini dilihat sangat praktikal terutama bagi peminat laman hiasan yang tidak mempunyai ruang luas dan sangat terhad untuk membina laman idaman. Ia bagaikan alternatif untuk anda berkarya dengan idea landskap unik di depan mata.

 ??  ?? SUDUT keindahan taman vertikal dengan kepelbagai­an tanaman hiasan dan cara penanaman.
SUDUT keindahan taman vertikal dengan kepelbagai­an tanaman hiasan dan cara penanaman.
 ??  ?? SUASANA hijau
diserlahka­n.
SUASANA hijau diserlahka­n.
 ??  ?? KELUASAN ruang dimanfaatk­an sepenuhnya.
KELUASAN ruang dimanfaatk­an sepenuhnya.
 ??  ?? KAEDAH tanaman yang praktikal untuk pembentuka­n taman vertikal.
KAEDAH tanaman yang praktikal untuk pembentuka­n taman vertikal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia