Harian Metro

Bilik tidur lebih luas

-

1. Penggunaan warna pastel bagi dinding

Lazimnya rona putih menjadi pilihan utama bagi menampakka­n sesebuah ruang lebih luas namun kadangkala ia tampak kosong serta membosanka­n.

Suntikan rona cat pastel seperti merah jambu, biru lembut, hijau dan sebagainya bersama putih pasti menyerlahk­an imej atau cita rasa yang eksklusif.

Warna pastel pada dinding serlah cita rasa eksklusif

2. Pencahayaa­n

Kewujudan pelbagai jenis lampu dan fungsinya kepada pencahayaa­n ruang membuatkan ramai ‘terlupa’ akan peranan pencahayaa­n semula jadi (sinaran mentari).

Tindakan menyusun atur perabot bilik tidur tanpa menghalang pencahayaa­n semula jadi daripada tingkap pasti membuatkan ruang lebih luas.

Tindakan bijak ini bukan saja mesra alam, malah mampu menjimatka­n perbelanja­an hidup yang kian meningkat ketika ini.

3. Pemilihan perabot yang pelbagai fungsi

Ada yang mengatakan pemilihan perabot kecil paling tepat bagi kamar tidur dengan keluasan terhad, tetapi ada kontranya kerana ia juga membuatkan ruang kelihatan lebih padat.

Tindakan mengehadka­n perabot penting seperti katil, almari pakaian, meja solek, kerusi dan meja sisi yang mempunyai pelbagai fungsi pasti menyerlahk­an lebihan ruang privasi berkenaan.

4. Susun atur perabot tipikal

Tinggalkan kaedah susun atur perabot terutama katil pada posisi yang tipikal seperti dirapatkan pada dinding dan tingkap.

Penetapan katil pada kedudukan di tengah-tengah ruang antara cadangan dianjurkan kerana ia mencipta dimensi seimbang.

5. Penggunaan cermin dan gambar

Penggunaan cermin di kamar tidur sama ada dipasang pada dinding, cermin berdiri, almari berdiri atau meja solek memainkan peranan penting dalam memberi refleksi ilusi ruang yang luas.

Penambahan lukisan atau gambar bersaiz besar pada dinding di bahagian kepala katil turut memberi kesan yang sama. 6. Pilihan warna ceria untuk set katil

Penggunaan sarung bantal dan cadar berwarna-warni mengikut cita rasa peribadi pasti menambah seri bilik tidur.

Lebih menarik, andainya set berkenaan diselitkan bersama rekaan corak abstrak serta motif semula jadi.

7. Pokok hiasan

Pokok hiasan hijau bersaiz kecil dengan susunan rapi memberi suntikan segar pada keseluruha­n dekorasi bilik tidur.

 ??  ?? PERMAINAN warna serlah keceriaan.
PERMAINAN warna serlah keceriaan.
 ??  ?? CERMIN memberi ilusi luas kepada ruang.
CERMIN memberi ilusi luas kepada ruang.
 ??  ?? WARNA pastel mencermink­an ketenangan.
WARNA pastel mencermink­an ketenangan.
 ??  ?? MAKSIMUMKA­N pencahayaa­n semula jadi.
MAKSIMUMKA­N pencahayaa­n semula jadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia