Harian Metro

BENDUNG JENAYAH SIBER

-

Di Sebalik Wajah.

“Oleh itu, kita harus mentakrifk­an dengan jelas dan menetapkan parameter yang betul ketika berkomunik­asi tidak kira secara lisan atau sebaliknya demi menghormat­i hak masing-masing.

“Namun begitu, remaja wajib tahu setiap maklumat yang disiarkan atau dikongsi di media sosial perlu disahihkan terlebih dahulu bagi menghindar­i sebarang tindakan undang-undang,” katanya.

Masa kini, kita boleh lihat buli siber sudah menjadi racun dalam kalangan netizen yang menggunaka­n Internet.

Buktinya, sementara kewartawan­an siber menyampaik­an berita daripada sumber berita utama yang boleh dipercayai seperti media percetakan, buli siber pula menyasarka­n kumpulan atau individu tertentu dengan menyebarka­n kandungan yang mengaibkan pihak berkenaan.

Isu ini tidak boleh dipandang remeh kerana golongan wanita, kanak-kanak dan artis sering menjadi mangsa pihak tidak bertanggun­gjawab.

Tanpa kita sedari, ia bukan saja menjatuhka­n maruah diri individu terbabit dan keluargany­a, kemungkina­n mereka juga akan mengalami kemurungan, sekali gus bertindak membunuh diri.

Kata Ahmad Izham lagi, penyebaran mesej lucah bukan saja berlaku dalam kalangan remaja perempuan malah kanak-kanak tidak berdosa juga turut menjadi mangsa.

“Perkara ini berlaku apabila gambar atau video kanakkanak dirakam secara seksual, provokatif atau berbogel sebelum menghantar­nya menerusi mesej atau aplikasi seperti WhatsApp, WeChat dan sebagainya.

“Percaya atau tidak, fenomena aneh ini menjadi aktiviti yang menyeronok­kan bagi segelintir individu dan tanpa mereka sedari menarik perhatian pelaku pedofilia.

“Oleh sebab itu, anda tidak digalakkan merakam gambar adik

Kempen bertujuan tingkat kesedaran kanakkanak dan remaja ketika

guna media sosial

atau anak untuk dimuat naik ke media sosial yang boleh mengundang 1,001 perkara negatif.

“Mungkin anda berpendapa­t untuk merakam kenangan tetapi malangnya gambar itu boleh ditularkan dan diakses oleh sesiapa saja tanpa kebenaran.

“Impaknya, berlaku kes kanakkanak dicabul, diculik dan keluarga diugut hanya kerana sekeping gambar yang tersebar.

“Jika tidak terkena pada keluarga anda, fikirkanla­h masa depan kanakkanak yang menjadi mangsa pelaku pedofilia ini,” katanya.

Tambahnya lagi, dunia digital terlalu sarat dengan kandungan yang tidak sesuai sehingga mempengaru­hi minda remaja dan kanak-kanak.

“Penyebaran kandungan sebegitu tidak dapat dielakkan, sekali gus mengundang perasaan ingin tahu remaja dan kanak-kanak.

“Laman web yang mengandung­i kandungan sedemikian tidak disekat kerana ia bersifat dasar langit terbuka. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk menyekat laman web yang boleh menyerang minda anak-anak.

“Antara cadangan bagi ibu bapa mengelakka­n perkara sebegini berlaku, gunakan pelayar Internet yang menyekat kandungan tidak sesuai secara automatik.

“Walaupun penipuan dalam talian kebiasaann­ya menyasarka­n orang dewasa, golongan remaja dan kanakkanak juga tidak terkecuali.

“Antara modus operandi penipuan yang sering berlaku adalah anda diumumkan memenangi hadiah atau wang tunai melalui e-mel dan dikehendak­i membayar sejumlah wang untuk menuntut hadiah berkenaan.

“Sebaiknya, anda mengenal pasti kesahihan produk atau laman web berkenaan sebelum menjalanka­n urus niaga dengan mereka,” katanya.

Memang menjadi trend dalam kalangan remaja masa kini gemar membeli-belah secara dalam talian. Anda disarankan meminta pendapat ibu bapa sebelum melakukan pembelian atau transaksi bagi mengelakka­n ditipu.

“Ini kerana ada beberapa pautan yang disyaki meragukan dan perlu sentiasa berhati-hati. Antara tanda yang perlu diperhatik­an adalah e-mel dan pautan daripada pihak yang mencurigak­an antaranya e-mel meminta data peribadi seperti butiran bank dan kad kredit serta ejaan dan tatabahasa yang lemah dalam e-mel berkenaan.

“Anda perlu memastikan laman web itu benar-benar selamat dengan mencari tag HTML https dan ikon kekunci pada URL laman web serta menggunaka­n aplikasi pembayaran pihak ketiga yang boleh dipercayai sekiranya perlu.

“Selain itu, ibu bapa juga disaran sentiasa memantau aktiviti anak anda ketika mereka melayari Internet dan sentiasa menyemak sejarah (history) carian mereka,” katanya.

 ??  ?? CMCF memberi taklimat di Sekolah Menengah Kebangsaan Yan.
CMCF memberi taklimat di Sekolah Menengah Kebangsaan Yan.
 ??  ?? PELAJAR SMK Yan fokus mendengar penerangan pihak CMCF.
PELAJAR SMK Yan fokus mendengar penerangan pihak CMCF.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia