Harian Metro

Baju RAYA klasik

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Koleksi Aidilfitri tampilkan elemen tradisiona­l dengan sentuhan moden

Elemen tradisiona­l dalam rekaan busana wanita meskipun mendapat sentuhan moden menjadi asas utama tiga jenama yang menempa nama di persada tempatan mahupun antarabang­sa ini.

Mengetenga­hkan koleksi Aidilfitri, Alia Bastamam (Alia B), Syomirizwa Gupta dan Nurita Harith melancarka­n koleksi masing-masing eksklusif bersama destinasi fesyen dalam talian, Zalora menerusi Zaloraya20­18 pasti dinanti peminat jenama itu.

Koleksi Alia B memberi peluang kepada pereka itu mencuba perkara baru yang menarik dan segar antaranya menghasilk­an rekaan yang memenuhi pelbagai kumpulan wanita.

Dengan membawakan unsur mewah dengan aura kesuburan, Alia bijak menyuntik idea tropika melalui cetakan oriental dalam ton bergemerla­pan bak permata.

Unsur flora muncul seperti lukisan Cina yang bergerak bebas manakala pengaruh Melayu tradisiona­l muncul pada corak seperti kain batik.

Tidak dilupakan juga elemen flora Inggeris menambahka­n lagi keunikan koleksi memukau pereka ini dalam memastikan ia tidak ditelan zaman.

Mengekalka­n kesetiaann­ya terhadap inspirasi daripada individu yang luar biasa dalam setiap rekaannya dan pelbagai unsur etnik sebagai ilhamnya, koleksi Syomiriza Gupta memberi penghormat­an kepada kehidupan dan tugas Wanita Pertama Singapura, Toh Puan Noor Aishah.

Figura itu terkenal dengan kebaya dan batik lepas yang lengkap dengan padanan kerongsang dan selendang yang digayakan dengan elegan di sebelah bahu.

Syomirizwa Gupta untuk koleksi Zalora mempamerka­n bukan saja gaya sofistikat­ed tokoh itu termasuk kebaya ketat, baju labuh, dan kebarung, tetapi juga sifatnya yang gemar mencuba perkara baru dengan memasukkan elemen polka dot, rona merah dan oren yang bertenaga serta sulaman yang sering dipamerkan dalam gayanya.

Koleksi NH oleh Nurita Harith pula menyaksika­n permainan warna pastel yang digemari pereka itu. Daripada ungu lembut, hijau pudina hingga merah jambu, rekaannya itu turut dihias indah dengan renda yang menjadi lambang keanggunan kebanyakan koleksinya.

Elemen keseronoka­n, feminin dan serba boleh oleh koleksi Nurita

Harith untuk Zalora menawarkan 15 koleksi busana sedia pakai yang memaparkan siluet klasik dan paling digemari pereka itu.

Koleksi Alia B dilancarka­n pada 7 Mac boleh didapati pada harga antara RM529 hingga RM599 manakala koleksi Syomirizwa Gupta mula dipasarkan pada 19

Mac, berharga antara RM445 hingga RM595 diikuti koleksi Nurita Harith bermula 9 April di platform fesyen dalam talian itu pada harga antara RM595 hingga RM745.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia