Harian Metro

Butik ke-34

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Pandora buka cawangan di Plaza Shah Alam

Jenama barang kemas kontempora­ri Pandora meraikan pembukaan rasmi cawanganny­a di

Plaza Shah Alam, barubaru ini, sekali gus menandakan lokasi ke-34 mereka untuk jenama global di Malaysia.

Sebagai jenama kontempora­ri, Pandora sentiasa kekal relevan kepada pelanggan mereka bersama pelbagai inisiatif baru dan platform penjualan.

Pembukaan lokasi baru Pandora itu dirasmikan Pengerusi Pandora Malaysia dan Brunei, Datuk Seri

Meer Habib dan Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Seri Zarida Noordin.

Menurut Zarida, pembukaan cawangan terbaru di bandar itu juga menamatkan penantian pelanggan setianya yang tinggal di kawasan berhampira­n.

“Kami menerima banyak pertanyaan yang mengingink­an butik ini dibuka di sini (Shah Alam). Kami mengambil masa yang agak lama sebelum membuat keputusan membukanya memandangk­an sudah terdapat dua cawangan berhampira­n iaitu di Subang Jaya dan Setia

Alam.

“Selepas kajian dibuat dan menerima maklum balas menggalakk­an daripada pelanggan, kami gembira dapat berkongsi keterujaan bersama mereka dengan pembukaan cawangan di sini,” katanya.

Dengan keluasan binaan kira-kira 800 kaki persegi, butik itu mewujudkan suasana membeli-belah yang lebih baik di samping memelihara hubungan yang kuat dengan DNA jenama itu.

Ini kerana butik itu direka untuk mengikut reka bentuk konsep global jenama itu bertemakan ‘Evolution’ yang mana setiap premis lebih luas, skema warna lebih baik serta pencahayaa­n sempurna untuk meningkatk­an kilauan barang kemas yang dipamerkan.

Menurut Zarida, untuk premis di lokasi lain pula, pengubahsu­aian akan dilakukan untuk menyuntik wajah baru butik yang lebih segar, tidak kurang juga sesetengah butik yang akan dipindahka­n ke ruang premis lebih besar di pusat beli-belah sama.

“Kami sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menambah baik pengalaman pelanggan membeli-belah di butik jenama ini dengan mewujudkan reka bentuk, suasana selesa dan menyenangk­an mata.

“Susun atur juga dipastikan tidak semak kerana kami mahu fokus yang lebih baik terhadap produk dan jualan,” katanya.

Dari segi koleksi barang kemas pula, Pandora sentiasa memberi tumpuan pada aspek tekstur dan warna yang direka halus dengan penuh kesenian pada setiap aksesori menjadikan koleksi jenama itu berbaloi untuk dimiliki.

Mencipta gaya feminin terbaru, jenama itu menyediaka­n kombinasi gaya tersendiri kepada penggemarn­ya dalam apa jua majlis dihadiri.

“Setiap konsep yang diketengah­kan juga pasti memikat hati wanita moden yang sentiasa mengingink­an kelainan dalam setiap penampilan.

“Setiap wanita memiliki personalit­i tersendiri dan setiap aksesori digayakan ingin menampakka­n kelebihan diri yang disampaika­n secara halus, unik dan menarik,” katanya.

 ?? FOTO ?? MEER (kiri) bersama Zarida (tengah) dan artis jemputan, Rozita Che Wan menunjukka­n koleksi barang kemas terbaru
sempena majlis pembukaan butik baru jenama itu.
FOTO MEER (kiri) bersama Zarida (tengah) dan artis jemputan, Rozita Che Wan menunjukka­n koleksi barang kemas terbaru sempena majlis pembukaan butik baru jenama itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia