Harian Metro

Noor Farhana

-

bawal rekaan eksklusif, unik dan premium memandangk­an permintaan untuk koleksi itu mendapat sambutan di luar jangkaan sejak mula diperkenal­kan awal tahun ini.

Pengasasny­a, Noor Farhana Ahmad berkata, rekaan unik mendapat permintaan menggalakk­an kerana semakin ramai wanita yang mementingk­an nilai eksklusif.

Bagi Noor Farhana, dia sendiri menggemari fesyen yang nampak berbeza dan berkualiti tinggi untuk digayakan, lalu mendapat ilham menawarkan tudung eksklusif khusus buat wanita berhijab.

“Penggayaan tudung empat segi kembali popular dengan penambahan suntikan elemen baru, sekali gus membangkit­kan kembali permintaan ramai wanita.

“Turki antara negara yang terkenal dengan penggayaan tudung empat segi. Bagi memberikan kelainan dalam fesyen berhijab, kami tampilkan tudung empat segi dengan rekaan lebih elegan,” katanya.

Katanya, keistimewa­an tudung Turki ini adalah pada kualiti fabriknya seperti poliester, sutera dan satin yang selesa dipakai, tidak panas dan boleh dicuci tangan selain cucian kering.

Menurutnya, semua fabrik itu lembut, ringan dan kelihatan licin tetapi ia mudah dipakai serta dibentuk, apatah lagi bagi mereka yang memakai cermin mata.

Tidak perlu bimbang jika tidak memakai anak tudung kerana ia tidak jarang. Malah kelebihan mudah digosok dan tidak cepat renyuk umpama bonus kepada mereka yang gemarkan sesuatu yang ringkas.

“Pemakainya tetap kelihatan bergaya dengan rekaan eksklusif bermotifka­n flora dan berunsurka­n alam semula jadi selain rona yang menyerlah sesuai untuk semua peringkat umur,” katanya.

Katanya, setiap helaian diketengah­kan membawakan elemen mewah dan kontempora­ri. Bagi yang sekali sekala mahu tampil moden dan bergaya, tudung ini juga boleh digayakan sebagai turban.

Dijual dengan hanya

RM65 dan tambahan RM10 untuk kotak eksklusif, Noor Farhana juga merancang menghasilk­an koleksi premium menggunaka­n 100 peratus sutera serta memenuhi permintaan untuk koleksi polos.

 ??  ?? Penggayaan tudung empat segi kembali popular dengan penambahan suntikan elemen baru, sekali gus membangkit­kan kembali permintaan ramai wanita
Penggayaan tudung empat segi kembali popular dengan penambahan suntikan elemen baru, sekali gus membangkit­kan kembali permintaan ramai wanita
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia