Harian Metro

Gaya hidup lasak

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Koleksi terbaru jam tangan untuk musim luruh dan sejuk

direka dengan daya ketahanan dan kalis air

Bagi generasi muda masa kini yang mengejar kejayaan dan sentiasa sibuk, kecemerlan­gan dan kejituan dalam kehidupan seharian adalah sangat penting.

Menyedari setiap hari membawakan satu pengembara­an yang menguji kekuatan minda, keazaman dan keupayaan, Alba terus menambah baik bentuk dan fungsi, meningkatk­an keanggunan dan gaya ke mercu kegemilang­an dengan koleksi jam tangan musim luruh dan sejuk yang serba menawan.

Jam tangan kronograf daripada siri Sign A Sports mendahului barisan koleksi baru ini. Peneraju kasut kasual untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, Crocs melancarka­n inovasi terkini yang bercirikan teknologi keselesaan, LiteRide.

Direka berdasarka­n sebahagian sains, sebahagian magis, revolusi LiteRide mengukuhka­n konsep keselesaan Crocs dengan memberikan sokongan optimum kepada pengguna.

Busa LiteRide, bahan utama dalam koleksi itu menggabung­kan ciri kesukanan, gaya, trend terkini, siluet dan keselesaan yang dinantikan pengguna.

Malah, busa LiteRide adalah 40 peratus lebih

Reka bentuk, daya ketahanan dan keserbagun­aan yang tiada tandingan, jam tangan ini dicipta untuk gaya hidup lasak dan dinamik.

Gaya dan keanggunan­nya sedia membawa si pemakai dari bilik mesyuarat terus ke dunia luar yang lasak dengan mudah tanpa mengira masa.

Dibuat rapi dengan paparan 24 jam, takimeter dan fungsi jam randik, jam tangan ini kalis air hingga kedalaman 100 meter.

Tali keluli tahan karat dengan gaya balutan tiga lipatan dan pelepasan butang tekan melengkapk­an jam tangan yang melambangk­an keberanian dan martabat ini.

Siri ini membawakan enam pilihan model termasuk dua model dengan tali kulit yang tersendiri. Koleksi kemegahan Alba turut membawakan jam tangan ana-digit yang inovatif dengan paparan analog dan digital waktu dunia.

Sesuai untuk mereka yang kerap mengembara ke merata dunia, ibarat dunia terletak di tangan anda dengan paparan waktu yang tepat dalam kesemua 24 zon masa.

Ia juga dilengkapi fungsi jam randik konograf dan juga fungsi perolehan kembali data yang membolehka­n perolehan kembali sehingga 100 rakaman data ukuran.

Kalendar digital, penjaga masa, penggera tiga saluran dan takimeter melengkapk­an lagi jam ini, yang dibina dengan panel dalaman untuk menyalakan lampu dengan satu sentuhan butang dan kalis air hingga 100 meter yang boleh didapati dalam tujuh model menarik.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia